Thursday, 16 June 2011

My Beloved Tomboy

My Beloved Tomboy

“Ah! Doktor, keadaan pesakit ini amat parah!”
“Darah banyak keluar, cepat cari darah ganti…!”
“Doktor, pesakit ini…!”
Sepasang kembar seiras hanya mampu menangis sambil dipujuk oleh seorang jururawat. Keadaan mereka tidaklah begitu parah. Pada tika itu, kembar itu hanya berumur 11 tahun. Bapanya masih belum kelihatan.
“Bagaimana, doktor?” tanya jururawat yang menjaga pasangan kembar itu.
“Keadaan ibunya sangat parah. Kita tak dapat berbuat apa-apa lagi.” Keluh doktor lelaki itu sambil merenung sayu ke arah kembar berdua itu.
“Pak cik! Mana mama?” tanya kembar yang lebih tua itu.
Doktor lelaki itu hanya mampu tersenyum tawar.

* * * * * * * *

“Abang! Mana cap Shah?!”
“Cap merah ke? Tadi kan Shah letak dalam bilik?”
“Ceh, leceh siot.” Rungut Shah dan terus berlalu.
“Ril, dah habis makan?” tegur En. Kamal. Shazril hanya mengangguk. “Mana adik kamu tu? Cepat sikit, papa dah lambat nak pergi kerja ni.”
“Shah!!”
“Coming! Bisinglah abang ni.” Shah mendengus. Beg sekolah disandang ke bahu. Wajahnya masam mencuka.
“Hee, kenapa ni? Tak jumpa cap?” Shazril tersengih.
“Geramlah! Cap tu baru je beli tau!”
“Shah! Ril! Cepat sikit,” panggil En. Kamal.
Kembar berdua itu terus masuk ke dalam kereta papanya. Seperti biasa, Shazril pasti akan duduk di depan. Antara mereka berdua, Shah yang paling degil.
“Ril! Petang ni gi lepak mall nak? Main boling.” Tiba-tiba, Faris menegur Shazril. Shah hanya sekadar memerhati.
“Boleh jugak. Sapa lagi pergi?” tanya Shazril. Ish, naper si Shah ni tak gerak-gerak lagi? Nak tunggu aku ke?
“Emm, aku…kau…Fizan…Itu je la kot? Tak yah ramai-ramailah.”
“Shah nak ikut sekali? Boleh tak?” sampuk Shah tiba-tiba. Shazril dan Faris berpandangan.
“Er, tak pe ke Faris? Shah memang nak ikut ke?” tanya Shazril ragu-ragu.
“Shah nak pergi sekali. Shah gi dengan abang tapi nanti kita separate la.” Shah merenung mata abangnya.
“Separate?” Ril merenung wajah Shah. Shah tersenyum. “Ish, camne ni. Takkan Shah nak jalan sorang?”
“Tak pe. Bolehlah kan?”
“Bolehlah.”
“Thanks!” Shah terus berlari masuk ke kelasnya.

“Mana buku?”
“Tertinggal…” balas Shah selamba.
“Kamu ni datang sekolah nak belajar ke nak main-main? Pergi berdiri di luar kelas!!” marah Pn. Kartina.
Shah menjungkitkan bahunya. Dia terus keluar dari kelas mata pelajaran Matematik itu. Di luar dugaan Pn Kartina, Shah bukan sahaja keluar kelas malah dia juga menghilang entah ke mana. Pn. Kartina menarik nafas. Sabar! Shah ni lain betul dengan abang dia.
Sementara Shah pula, sudah masuk ke tandas perempuan. Sebatang rokok dikeluarkan dari kocek bajunya dan lighter dinyalakan. Nasib baik tak de orang, kalau tak kecoh jer. Dia menghisap rokoknya dengan nikmat sekali. Argh! Aku nak lupakan hal-hal yang tak guna!
“Ish, apa bau rokok ni?”
Misha! Shah mencucuh batang rokok pada jubin tandas dan membuka air paip.
“Shah! Kau ke tu?”
“Hmm.” Shah membuka pintu tandas.
“Kau ni tak serik lagi ke? Asyik merokok je. Kalau abang kau tau camne?”
“Dia memang dah tahu pun.”
“Ish, kau ni. Tak elok untuk otak tau? Tahun ni ko SPM. Gi basuh muka kau.” Misha menarik tangan sahabatnya. “Kenapa kau berbeza dengan abang kau?”
“Mestilah dia berbeza. Aku adik dan dia abang.”
“Hmm, rambut kau semakin pendek. Kau nampak macam…”
“Macam laki kan? Macam abang aku je.” Balas Shah dan terus berlalu. Misha menghela nafas. Dia terus mengekori Shah.
“Kau nak ke mana?”
“Kejap lagi rehatkan? Aku nak terus gi makan.”
Dalam perjalanan menuju ke kantin, Shah terserempak dengan Izzat. Pada mulanya, dia nak buat dek je. Tapi, Izzat menegurnya.
“Ponteng kelas lagi ke, Shah?”
Shah diam.
“Nak gi mana?”
“Makan.” Jawab Shah dan terus melangkah pergi. Hatinya kurang senang apabila Izzat mengikutnya. “Kenapa?”
“Aku pun nak gi makan.”
Shah tidak berkata apa-apa.
“Petang ni kita keluar nak?”
“Aku dah ada plan.”
“Gi mana? Jom lepak sekali nak?”
Shah mengeluh. Mangkuk ayun betul mamat sekor ni. Dia tak faham-faham lagi ke yang aku menyampah tengok muka tembok dia ni? Cis!
“Abang! Tunggu Shah!” Shah terus berlari mendapatkan Shazril yang kelihatan baru keluar dari kelasnya. Izzat ditinggalkan termangu-mangu di situ.

“Wah! Handsome juga kembar you ni Ril? Siapa nama?”
Shazril dan Shah terdiam. Shah mengetap bibir. Kawan-kawan Shazril kelihatan serba salah. Dua orang gadis yang diperkenalkan oleh Faris hanya memandang pasangan kembar seiras itu.
“Abang, Shah gi dulu.” Ujar Shah dan terus berpaling.
“Eh, kenapa suara dia…?”
“Natalia! Adik aku tu perempuan.” tegur Shazril.
Natalia dan kawannya, Mazni terkejut. Mereka berasa malu dan terus meminta maaf daripada Shazril. Shah pula hilang entah ke mana.
“Sorry! I langsung tak tahu dia perempuan!” Wajah Natalia merona merah, malu. Tak sangka kembar dia perempuan! Seiras pulak tu.
“Tak kisahlah. Lagi pun dia dah macam tu.” Shazril tunduk.
“Em, okaylah! Apa kata kalau kita lupakan saja. Jom main boling?” sampuk Fizan. Dia cuba untuk menghidupkan suasana yang sedikit tegang.
“Hmm…” Shazril mengangguk. Sebenarnya, dia risaukan Shah. Entah apa yang akan budak tu buat nanti. Mesti dia terasa juga dengan kata-kata Natalia dan Mazni. Ish! Tapi, dia tu memang macam lelaki kalau tak tengok betul-betul.
Shah merungut-rungut sendirian. Hatinya betul-betul berang dengan kata-kata dua orang gadis itu. Cis! Cakap tu berlapik ar sikit. Kurang ajar betul. Buta ke dia?! Argh! Apa nak buat sekarang? Makan.
“He.He. Dave’s Deli.” Shah melangkah masuk ke restoran itu dan memesan set makanan yang digemarinya.
“Hai, Shah! Lama dah tak nampak?” tegur abang di kaunter itu, Amir.
“He.He. Apa pulak Amir! Baru dua minggu aku tak datang tau!” !” Shah ketawa kecil. Dia amat menyenangi lelaki bernama Amir itu. Mereka berkenalan di sini pada tahun lepas.
“Apa ni? Kenapa kau hantar set makanan camni? Aku nak yang lain!”
“Maaf, bang…!”
“Hoi! Cakap tu elok-eloklah! Aku perempuan tahu tak!” Shah terus menolak pelayan lelaki itu sehingga jatuh. “Kurang ajar.” Shah terus berlalu pergi sambil diekori oleh abangnya.
“Helo, cik adik! Ni set yang adik order!” tegur Amir. Shah tersentak.
“Er, sorry!”
“Teringatkan pakwe ke?” perli Amir. Shah hanya tersenyum.

“Tadi Shah gi mana? Sampai balik pun tak contact abang?”
“Hmm. Lupalah.”
“Shah ni buat abang risau jer.” Rungut Shazril sambil melabuhkan punggungnya di sebelah adiknya. “Shah marah lagi ke pasal tadi?”
“Pasal apa?” Mata Shah masih terlekat di kaca TV. Mulutnya mengunyah kerepek kentang goreng. Shazril mengetap bibirnya.
“Baguslah kalau dah lupa.”
“Sapa nama pompuan tu?” tanya Shah yang kedengaran agak kasar.
“Mana?”
“Huh! Ala yang Faris kenalkan kat abang tu. Ngada-ngada je…”
“Natalia dan Mazni.”
“Budak mana tu?”
“Abang pun tak tahu. Faris cakap, Natalia tu nanti akan transfer ke sekolah kita.”
“Huh! Bagus sangatlah tu. Jangan dia ngorat abang dahlah. Shah tak suka betul dengan dia. Gedik!” kata Shah lagi.
“Shah, tadi dia salah faham je. Dia tu okay.”
“Awek lawa, mestilah abang nak back up kan? Shah ni sapa nak dibandingkan dengan pompuan tu?” Shah terus bangun dan meninggalkan abangnya sendirian.
“Ish, budak ni…”

“Hai! Nama saya Natalia. Harap dapat berkawan dengan kamu semua.” Natalia tersenyum manis di hadapan kelas.
Pada saat itu, Shah rasa macam nak pecahkan kepala minah tu aja. Kenapa dia masuk kelas ni? Tak de kelas lain lagi ke kat sekolah ni? Ha!! Kenapa jadi macam ni. Siot gile!
“Hai, Shah. Boleh saya duduk di belakang awak?” tanya Natalia. Wajah Shah berubah. Siot!
“Kau duduk ajelah. Apsal nak mintak permission aku?” balas Shah tanpa memandang wajah Natalia. Syukri di sebelah hanya tersenyum.
“Hai…” sapa Natalia seraya duduk di sebelah Zamri.
“Ish, Lia! Kau ni lawa gile.” Usik Zamri. Natalia hanya tersenyum. Memang benar, Natalia adalah seorang gadis yang cantik.
Pelajaran dimulakan. Shah langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Seperti biasa, dia akan termenung dan menconteng-conteng buku. Shukri tidak menghiraukannya. Dia sudah biasa dengan perangai Shah.
“Shah! Ada pen tak?” tanya Natalia.
“Tak de!”
“Kau ambiklah aku punya, Lia.” Sampuk Zamri tanpa segan silu. Shah mencebik.
“Zam, kau jangan nak tergedik-gedik. Meluat aku tengok perangai kau ni.” Sindir Shah selamba. Zamri hanya membisu. Malas dia nak bergaduh dengan minah tomboy ni.
“Shahrina!”
Shah mendongak.
“Apa kamu buat ni? Dengar tak apa yang cikgu ajar tadi?” marah Pn. Kartina. Ish, budak ni memang tak makan saman!
Shah diam.
“Apa nak jadi dengan kamu ni? Degil, malas! Mak kamu tak ajar ke?” kata Pn. Kartina lancang. Terlepas lak!!
Shah tersentak. ‘Mak’. Dia berdiri dan merenung Pn. Kartina. Seluruh kelas tingkatan 5 Sains 3 itu senyap. Suasana sunyi sepi. Shah mengetapkan bibirnya. Pn. Kartina telan liur. Dia hanya memandang Shah yang lebih 6 cm tinggi daripadanya.
“Engkau sapa nak sebut-sebut mak aku ni? Engkau ingat engkau bagus sangat ke dapat ajar budak subjek Matematik? Bagi aku, Matematik ni kacang je. Petik jari dapat jawab! Cikgu macam engkau ni tak layak nak mengajar aku!!” bentak Shah. Pn. Kartina terkedu. Semua pelajar terlopong dengan kelakuan biadap Shah.
Shah terus mengemaskan barang-barangnya dan menyandang beg sekolah ke bahu. Dia sengaja melanggar Pn. Kartina dengan kuat dan hampir-hampir menyebabkan cikgu itu terjatuh. Syukri hanya merenung Shah keluar dari kelas.
“Biadap betul…” getus Pn. Kartina.
“Cikgu pun kurang ajar juga tadi.”
“Huh? Apa kamu kata?”
“Saya cakap, cikgu pun kurang ajar tadi.” Syukri merenung tajam mata Pn. Kartina.
“Ka…Kamu jangan nak cari pasal!”
Syukri jungkit bahu. Dia hanya tersenyum sinis sambil melirik ke arah Zamri. Natalia tidak berkata apa-apa.

Shah duduk bersandar sambil menghisap batang rokoknya. Dia merenung jauh ke hadapan. Fikirannya kosong. Dia tidak berhajat untuk ke mana-mana jadi dia mengambil keputusan untuk melepak di belakang bangunan sekolah sehingga tamat waktu persekolahan.
“Hai, Shah.”
Shah berpaling. Aiya! Camne mamat ni tau aku lepak kat sini? Ish! Kacau daun betul. Izzat duduk di sisi Shah, rapat sekali sehingga bahu mereka bersentuh. Shah jadi tidak senang.
“Syuk jumpa aku tadi. Dia yang gitau aku.”
“Hmm.” Shah menghembuskan asap rokoknya. Izzat tersenyum. Tanpa disangka dia merampas batang rokok dari tangan Shah. “Hoi, pehal kau ni?”
“Tak lawa kalau seorang gadis merokok.” Izzat merenung Shah. Kalau boleh dia ingin mengubah jiwa gadis ini. Terlalu keras! “Hmm, macam mana kau buat ha? Kau merokok tapi bibir kau tetap merah. Asli?”
Wajah Shah merona merah. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Izzat ketawa kecil. Tahu pula malu-malu ye. Mereka berdua diam seketika. Izzat berkira-kira untuk meluahkan kata-katanya. Tapi, budak Shah ni lain orangnya. Kalau cakap tak kena je terus kena hamun.
“Kenapa dengan kau, Shah? Apa yang menyebabkan kau jadi macam ni?” tanya Izzat. Shah jungkit bahu. “Hmm, pasal tadi tu memang tak patut Kartina cakap camtu.”
“Aku tak nak dengar hal tu lagi.” Shah menguakkan rambutnya.
“Shah, kau ni memang lawa tau. Tapi…”
“Lawa ke? Ada orang salah tafsir aku ni lelaki.”
“Itulah sebab kau kena ubah.”
Shah mencapai beg sandangnya dan terus berdiri. Dia berjalan tanpa berkata apa-apa. Izzat terus mengekorinya. Tanpa disedari, Izzat menggenggam jari jemari Shah. Shah terpaku.
“Shah, aku sukakan kau.”
Shah terkedu. Dia mengetapkan bibirnya.
“Lupakan saja.” Dia terus berlari meninggalkan Izzat.

“Kau cakap?” Shazril meraut wajahnya. “Ish, mesti dia marah.”
“Marah apa pulak?”
“Iyelah! Dah kau cakap macam tu. Dia malulah. Kalau dia malu, dia marah.” Shazril ketawa kecil. Kelakar dia melihat muka Izzat sekarang ni.
“Tapi, tak salahkan aku sukakan dia?”
“Tak de salahnya. Dia je yang keras sangat. Hm, mungkin sebab mak meninggalkan kami macam tu aja…dia terus jadi macam tu.” Ujar Shazril sambil melirik ke arah Nura, gadis idamannya. “Erm…”
“Aha, tengok Nura ye?”
“He.He. Dia tu comel sangat.”
“Kau dah cakap kat dia?”
“Belum. Tapi, aku dah confirm yang dia pun sukakan aku jugak. Nantilah, aku nak gitau dia dengan cara yang romantik sekali.” Ujar Shazril seakan-akan menyindir Izzat.
“Hai, Ril!” tegur Nura sambil tersenyum.
“He.He. Nura, makin hari kau ni makin cute la.” Puji Shazril ikhlas, tengah angau kan.
“Ya ke. Em, boleh tak aku nak cakap dengan kau?” Nura mengenyitkan matanya.
“Sure. Sure. Izzat, aku pergi dulu ya. Ni bidadari aku dah ajak ni…”
Izzat hanya tersengih.

“Uik! Best jugak game ni.” Shah ketawa kecil sambil diperhatikan oleh Misha. “Apa nama game ni?”
“The Sims.” Ujar Misha lalu tergelak. Dia teringatkan cikgu sekolahnya yang bernama Mr. Sim.
“Ehe, kenapa gelak?”
“Mr. Sim.”
Shah hanya tersengih.
“Boleh buat sex tak?”
“Hmm, buat tu buat tapi tak tunjuk.”
“Ish, boring!”
Mereka berdua ketawa.
“Misha, Shah. Mari makan puding.” Ajak Pn. Marziah, ibu Misha.
“Wah! Sedap gile. He.He. Best la puding auntie ni.” Puji Shah.
“Ala, saja nak ambik hati mak aku ni?” perli Misha pula.
Kring! Kring!!
“Shah, abang Shah call.”
Shah berhenti makan. Hatinya memberontak memarahi abangnya. Ish, time orang tengah makan la dia nak kacau. Apa hal pulak ni?
“Ada apa?”
“Shah boleh balik sekarang tak?”
“Ish, kenapa?”
“Abang baru beli cd game baru tadi. Nak main sorang boringlah!”
“Panaslah. Lagi pun jauh.”
Shazril diam. Shah mengetapkan bibirnya. Eleh, merajuk konon!
“Mengada gile abang ni. Nanti Shah balik!” KLIK!
“Kenapa?” tanya Misha.
“Er, aku kena balik. Ada hal sikit.” Shah tersenyum. “Auntie! Terima kasih sebab belanja puding ni. Best!!”
Pn. Marziah hanya tersenyum. Bangga jugak jika dipuji begitu.
“Bye, Shah.”
Shah hanya mengenyitkan matanya. Shah segera keluar dari rumah Misha sambil berlari-lari anak. Jarak rumah Shah dengan rumah Misha agak jauh. Kalau jalan tu mungkin 30 minit juga.
Pon! Pon!
Kus semangat!! Cis, mamat mana yang hon kat aku ni? Siot…Aiya!!
“Shah! Nak ke mana?”
“Balik.”
“Oh, jom aku hantarkan. Aku pun nak gi rumah kau gak. Ril ajak.” Izzat tersengih. Shah serba salah. Kalau jalan penat gak dahle hari panas.
“Okaylah.” Shah segera masuk ke dalam kereta Izzat. “Kau dah ada lesen ke?”
“Aku tau bawa tapi tak de lesen lagi. Kenapa kau dok kat belakang?”
Shah tunduk. “Em, aku tak suka duduk depan.”
Izzat hanya mengangguk. Pada mulanya, semua okay je. Izzat memandu dengan baik sekali. Si Shah pula asyik menggigit bibirnya. Dia sebenarnya takut nak naik kereta jika orang yang memandu itu bukan ayahnya. Izzat pula tak habis-habis bercakap. Pasal apa pun Shah sendiri tak tahu. Tiba-tiba, sebuah motosikal muncul dari satu selekoh. Izzat tersentak dan keretanya terbabas ke dalam semak samun di bahu jalan. Mujurlah tidak terlanggar tiang elektrik. Shah betul-betul terkejut.
“Huh! Gila punya motor. Nasib tak arwah aku.” Marah Izzat. “Shah, kau okay ke?”
Shah tidak menyahut. Tubuhnya menggigil. Dia betul-betul dalam ketakutan. Izzat jadi tidak keruan. Alamak, kenapa dengan Shah ni? Izzat beralih tempat dari seat depan ke seat belakang. Dia memegang bahu Shah. Bibir Shah berdarah akibat tergigit.
“Shah, kenapa ni?!”
Shah menggelengkan kepalanya. Dia memeluk tubuhnya dengan kuat. Matanya berkaca-kaca. Dia terketar-ketar. Izzat panik. Dia tidak tahu kisah silam Shah. Dia juga tidak tahu apa yang perlu dibuat.
“Relax, Shah. Tak de apa-apa…” Dengan spontan Izzat memeluk tubuh Shah. Shah menutup wajahnya. Bahunya terhenjut-henjut menahan esakan. “Ish…Shah…?”

“Lepas ni dia akan okay.”
“Sorry! Aku tak sangka jadi macam ni pulak.” Izzat menguakkan rambutnya. “Kenapa dengan Shah? Dia ada fobia apa-apa ke?”
Shazril hanya tersenyum.
“Masa kitorang berumur 11 tahun, kereta yang dipandu oleh mak accident teruk. Masa tu, aku dan Shah duduk seat belakang. Jadi, mungkin kesannya tidak seteruk mak. Mak kami meninggal semasa pembedahan. Ayah cakap, mak hilang banyak darah. Kalau kau nak tahu, selama dua bulan Shah tak gi sekolah. Dia macam tak boleh nak terima hakikat yang mak dah tak de. Lagipun, Shah paling rapat dengan mak.” Jelas Shazril.
“I’m sorry…”
“Aku tak kisah. Hmm. Semakin dia membesar, perangai Shah semakin susah nak diduga. Senang cakap, dia jadi tomboy sebab tu jugaklah. Mungkin jiwa dia memberontak…” Shazril mengeluh. “Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”
Izzat mengangguk. Kalau sebab tulah dia jadi macam ni, susah juga nak ubah dia balik. Tapi, kenapa aku ia-ia je nak ubah dia? Dia bukan bini aku atau adik aku? Ish! Wake up, Izzat. Kau nak buat semua tu sebab kau sukakan Shah. Is that right? Hmm.
“Ril!”
“Ayah…”
“Macam mana dengan Shah? Tadi Ril ada tinggal mesej kan?” tanya En. Kamal. Wajahnya sedikit panik.
“Shah dah okay. Tapi, dia masih takut.”
En Kamal bergegas ke bilik anak gadisnya. Kalau boleh, dia tak nak Shah selalu teringatkan kejadian itu. Dia mahu Shah melupakannya.
“Shah.”
Shah hanya membisu. Dia merenung siling biliknya. Wajahnya kelihatan kosong. En Kamal merapati anaknya. Dia menggenggam tangan Shah. Shah menoleh ke arah ayahnya.
“Ayah.” Air mata bergenang di kolam mata Shah. Dia bangun dan terus merangkul leher ayahnya dengan erat.
“Jangan nangis, sayang. Macam mana boleh jadi macam ni?”
“Shah tak tahu! Tadi ada lori langgar kereta mak! Lepas tu lori tu lari!” Shah memeluk ayahnya dengan kemas. En Kamal menggosok belakang anaknya. Shah…Shah.
Shazril dan Izzat hanya memerhati dari luar bilik. Izzat berasa bersalah kerana menyebabkan Shah teringat kembali kisah silamnya. Shazril menepuk bahu Izzat, tanda dia tidak menyalahkan Izzat atas apa yang berlaku.
“Relax! Bukan salah kau, Izzat.”
Izzat tersenyum tawar.

Sudah seminggu Shah tidak hadir ke sekolah. Izzat mengeluh. Dia rindu untuk menatap wajah comel Shah itu. Dia rindu untuk dimarahi oleh Shah. Ish, apalah aku ni. Suka pulak kalau kena marah. Aisey. Shah! Datanglah sekolah. Aku rindukan kau, tahu tak?
“Mangkok! Tepilah!”
Izzat tersentak. Hah? Macam suara Shah? Tapi, tadi masa perhimpunan dia mana ada? Izzat melirik pada jam di pergelangan tangannya. 8.15 pagi! Biar benar. Dia menoleh ke luar kelasnya. Shah!
Shah tergesa-gesa berlari ke kelasnya. Ish! Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Macam mana aku boleh terlambat sedangkan aku studi kat sekolah yang sama dengan abang aku? I say man!
“Uiks! Aku ingat kau nak berhenti sekolah terus.” Sindir Syukri lalu ketawa.
“Ish, aku terlambat bangun la. Abang aku tak kejut aku pun.”
“Mungkin dia dah tau kau nak ponteng?” sampuk Natalia. Shah buat-buat tak dengar.
“Shah, kau tahu tak? Cikgu Maths kita dah tukar cikgu lain. Now, Pn. Chu yang ajar kitorang Maths. Katrina dah surrender.” Ujar Zamri.
“Huh? Baguslah! Aku malas nak layan dia lagi.” Balas Shah.
“Shah!! Shah!!”
“Ei?”
“Sini kejap?!” Izzat tersengih. Aha! Akhirnya terubat rinduku padamu. Cewahh!
“Hmm.” Shah melangkah malas. Syukri, Zamri dan Natalia hanya tersenyum sinis.
“Macam mana dengan kau? Sihat?”
“Bolehlah.” Shah jadi tidak senang. Sebenarnya, dia malu kerana Izzat pernah memeluknya pada hari kemalangan tu. Aiya!
“Shah, aku minta maaf! Aku menyesal sebab buat kau jadi macam tu.” Ujar Izzat perlahan. “Maafkan aku, Shah?”
“Er, aku dah lupakan hal tu. Ada apa-apa lagi?”
“Um…”
“Kalau tak de, aku blah dulu.”
“Shah!”
Shah mendongak.
“Sorry!” Izzat tersenyum dan terus berlalu. Shah ketap bibir. Ish…

“Woo, cepatnya kau makan?” Misha tersengih sambil memandang Shah. Shah tersenyum.
“Er, aku nak gi belakang sekolah kejap.”
“Buat apa?” sampuk Nina. Shah hanya mengenyitkan matanya.
Misha menyiku lengan Nina sambil membuat gaya merokok. Nina mengangguk tanda faham. Shah pula dah lesap. He.He. Dah seminggu aku tak merokok. Hari ni lepas sikit tension aku. Shah duduk bersandar pada dinding dan mengeluarkan sekotak rokok. Dia menghidupkan lighter dan dicucuh pada hujung rokoknya. Pergh! Bestnyer!!
“Terajang anak yatim ni!”
“Huh! Kalau dah tak de mak bapak tu jangan nak tunjuk lagak kat sini!”
Fikiran Shah terganggu dengan jeritan oleh beberapa orang pelajar lelaki. Dia menoleh ke arah bunyi yang tidak menyenangkan itu. Ish, sapa pulak diorang ni? Menyebok jer. Shah tercengang apabila salah seorang daripada pelajar itu memukul seorang pelajar lagi. Ish, takkan nak buat-buat buta kot?
“Ha!Ha! Mana mak bapak kau hah? Anak merempat!!” jerkah pelajar lelaki itu seraya menghayunkan penumbuknya.
“Woi, badigol! Kau jangan nak kutuk mak bapak orang!” Shah menggenggam pergelangan tangan pelajar lelaki itu. Pelajar itu tersentak, begitu juga dengan rakan-rakannya. Shah melirik ke arah name tag pelajar itu. “Fendy, budak form 3. Aiseh, baru form 3 dah pandai nak belasah orang?” Shah menghembus asap rokoknya. Tangan Fendy dilepaskan.
“Heh, ko sapa hah? Jantan ke betina?”
DUSH!!! Fendy jatuh terjelepok.
“Eh, brother. Kau okay tak?” tanya Shah kepada pelajar yang dibuli oleh mereka.
“Hmm.”
“Jom kita blah.” Shah menarik lengan pelajar itu.
“Hey! Kau jangan ingat lepas kau tumbuk member kitorang kau nak blah camtu aje!” Kawan Fendy, Hazri menarik bahu Shah. “Biar kita settle kat sini saja.”
“Serius ke?” Shah tersenyum. Hmm, diorang sume 4 oranglah. Takkan aku sorang nak handle kut? Ish, bagus jugak aku pun tengah bengang ni.
“Okay then…” Tanpa berkata apa-apa lagi, Shah terus menendang rusuk Hazri dan menghentak belakang pelajar lelaki itu dengan sikunya. Terbatuk-batuk si Hazri sambil memegang perutnya. “Next?”
“s i a l ! Kau jangan pandang rendah kat kitorang!” Fendi meluru ke arah Shah dengan berang. Kurang ajar punya pompuan! “Hah! Ambik kau!”
“Wops!” Shah menahan tendangan Fendi dengan pergelangan tangannya. Kaki Fendi dipegang dan kaki kirinya melibas kaki kanan Fendi. Fendi jatuh terlentang. Rusuk Fendi ditendang bertalu-talu. “Huh! Rasakan! Lain kali jangan lancang sangat mulut kau nak ejek mak bapak orang!”
“Aduh…sakit giler.” Getus hatil kecil Fendi. Dia terbatukkan darah.
“So, korang dua?” Shah merenung tajam ke arah dua orang kawan Fendi itu.
“Huh! Apa susah. Kitorang serang kau sekali la!”
“No problem.” Wajah Shah tenang sekali, setenang air di kali.
“Hoi! Apa korang buat tu?!”
Shah terkejut, begitu juga dengan dua orang rakan Fendi. Fendi dan Hazri pula masih lagi merengkot kesakitan. Bisa betul minah ni tendang? Memang bukan main-main punya!
“Shah? Apa hal semua ni?” tanya Izzat sambil diekori oleh Shazril.
“Tanyalah diorang.” Shah jungkit bahu. Dengan selamba dia menarik tangan pelajar yang dibuli tadi. “Budak ni kena buli tadi. Lagi pun Shah boring tak de kerja. Tolong belasah diorang ajer.”
“Hish, Shah! Apa Shah dah buat ni?” Shazril mendekati adiknya.
“Belasah dioranglah. Apa lagi!” Shah mencebik. “Kalau tak caya tanyalah mamat ni!”
“Hmm, kau Anas kan? Diorang buli kau ?” tanya Shazril. Shah menjeling, hatinya geram kerana abangnya seperti tidak mempercayainya.
Anas kelihatan ragu-ragu. Akhirnya dia mengangguk.
“Cis, nantilah kau pompuan! Aku akan balas lain hari.” Dengus Fendi. Tiba-tiba, Izzat mencekup kolar baju Fendi.
“Cakap tu berlapik sikit. Jangan nak kurang ajar dengan senior. Kalau kau berani kenakan awek aku ni, tahulah akibatnya!” ugut Izzat. Fendi ketap bibir. Siot! Biar benar pompuan ni awek Izzat? Ish!
Shah menghela nafas. Ish, ke situ pulak mamat ni. Dah tak de modal lain ke nak cakap? Shazril hanya tersenyum sambil memandang adiknya.
“Okaylah, aku nak chow. Bye!” Sebelum Shah melangkah pergi, Anas memegang bahu Shah sambil tersenyum. Shah sedikit kaget. Ish, weirdo?
“Terima kasih kak.”
“Er, no problem.” Shah terus beredar.

“Shah.”
Dia berpaling memandang wajah empunya suara itu. Hmmm. Minah ni! Apa yang dia nak sebenarnya? Shah buat tak hirau. Dia terus memandang CD-CD yang tersusun rapi di atas rak di depan matanya. Sambil tu dia bersiul-siul, entah lagu apa.
“Cari lagu apa?”
“Entah.”
Natalia tersenyum kelat. Menyampah sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak pandang aku? Nampaknya, Shah ni jenis yang berdendam jugak ye. Memang opposite abang dia.
“Cari kaset ni?” Natalia menunjuk sebuah CD Pink. Shah tidak berkedip. Aah! Memang CD tu aku nak!!
“Bukan…”
“Jangan nak tipulah. Nah!” CD itu diletakkan di atas tangan Shah. Natalia tersenyum manis.
“Er…okay! Kau yang beri.” Dia pergi ke kaunter dan membayar harga CD. Cepat-cepat Shah keluar dari kedai Speedy Video itu. Hatinya membungkam. Natalia mengekori dia dari belakang.
“Pehal kau ni?”
“Saja? Tak boleh ke?” jawab Natalia.
“Suka hati kau la…”
“Shah selalu ke lepak sorang-sorang?” Tanya Natalia.
“Salah ke?”
“Tak salah…”
Shah masuk ke restoran Dave’s Deli. Wajah Amir tidak kelihatan. Shah hampa. Sebenarnya dia ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Amir. Lagi pun, CD kegemaran Amir dah dibeli. Aiseh. Takkan sebab hari jadi dia, terus ponteng kerja?
“Aik? Jom la makan dulu.” Kata Natalia.
“Kau makanlah sorang-sorang…” Terus bad mood si Shah ni. Argh! Siot je. Buat penat aku datang budak tu tak de.
“Shah!”
Shah dan Natalia terpegun. Hati Shah berbunga riang. Waa, nasib kau datang Mir! Natalia tersenyum memandang lelaki di depannya. Amir membalas senyuman Natalia.
“Mir, kenapa tak datang kerja?” soal Shah.
“Datanglah ni. Saja mintak excuse datang lambat.”
“Nah, happy birthday.” Bulat-bulat je Shah menghulurkan CD Pink kepada Amir. Amir ketawa kecil. Hish, pompuan ni. Selamba je. Tak payah balut-balut.
“Thanks! Mana Shah tau yang abang suka Pink?” Amir tersenyum-senyum. Sesekali dia melirik ke arah Natalia.
Dahi Shah berkerut. Abang? Apa dia ni ingat aku awek dia ke? Tersasul pulak? Mentang-mentang birthday dia hari ni.
“Jom, abang belanja Shah dan member Shah hari ni.”
“Oh ya… ni kawan aku…”
“Natalia!” Amir tersenyum lalu menarik tangan Shah masuk ke dalam Dave’s Deli. Lepas tu, dia berlalu ke kaunter. Natalia duduk berhadapan dengan Shah.
“Kau kenal Amir?”
Natalia angguk.
“Kawan baik?”
“Baik? Dia tu jahat!” Natalia ketawa kecil.
“Elop! Nah, ni lasagna kegemaran kau, Shah. Lia, your sphagetti.”
“Ala, abang ni…sphagetti aje? Nape Shah punya best?” Gadis berambut ikal itu ketawa lagi. Shah blur.
“Korang ni bercinta ke?” Tanya Shah.
“Hish! Merepek je Shah! Lia ni adik abang.”
“Adik?!!” What?! Camne boleh jadi camni? Budak gedik yang paling aku anti adalah adik kepada kawan aku!! Complicatednya!
“Kenapa? Shah macam terkejut je?” Blurnya muka Amir. Peh, innocent sangat la tu. Natalia cuma tersenyum.
“Er…tak expect pulak…”
“Lia selalu cakap dia ada sorang kawan nama Shah. Tak sangka pulak Shah yang abang kenal. Dunia ni memang kecik kan? Lia pun cakap Shah budak baik.” Jelas Amir.
“Tipulah.” Balas Shah dingin. “Aku tak pernah cakap dengan dia. Biasanya, aku buat tak layan kalau dia tegur aku. Natalia, kau tak payahlah nak cover perangai aku. Terus-terang je.”
“Shah…aku…” Natalia ketap bibir. Dia salah faham la pulak!! Abang ni pun satu! Kepoh je.
“Okaylah. Mir, trimas untuk lasagna kau. Lain kali aku bayar. Aku nak balik sekarang ni. Enjoy your day.” Shah terus angkat punggung dan blah dari situ. Natalia dan Amir terkedu.
“Abang ni kalau tak cakap banyak tak boleh ke? Lia baru je nak berbaik dengan dia.” Marah Natalia.
“Abang mana tau pape hal korang! Lia jugak yang kelentong abang!”
“Ish!”
Muka Shah mencuka. Eii! Pelik jugak. Pehal aku emo cepat sangat. Selalunya aku tak kisah pun. Of course la ko marah Shah!! Pompuan tu boleh pulak malukan ko! Dia tipu ko baik depan abang dia! Shah menguakkan rambutnya. Gi mampuslah! Menyampah siot ngan Natalia tu. Pehal dia tu cam hipokrit semacam je.
“Shah.”
Erk!! Buat apa Amir kejar aku?? Natalia berdiri tidak berapa jauh dari abangnya. Shah jadi tak keruan. Malunya!! Ah, buat apa nak malu pulak?? Eiii, weirdo tul aku ni.
“Kenapa balik?”
“Aku rasa bosan.”
“Hari ni kan birthday aku, jom la enjoy sekali.” Ajak Amir.
“Er, Shah. Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak tuduh kau apa-apa…” sampuk Natalia.
“Dah…dah! Malas aku nak dengar.” Balas Shah.
“Shah, jom main boling!” pinta Amir.
“Er…aku blah dulu.” Natalia lesap.
“Aku nak balik. Rugi je hari ni aku datang sini.”
“Shah! Releklah. Tak yah ambik hati apa yang Lia cakap. Aku pun tak kisah ko ni baik ke tak. Yang penting, aku suka kawan dengan kau. Dahlah. Jom kita main boling! Hari ni kan birthday aku!”
“Kau tak payah kerja?” Tanya Shah.
“Pontenglah! Boss bukannya ada hari ni. Dah, jom kita pergi cepat.”
Tangan Shah ditarik. Shah terpinga-pinga. Tak tahu nak kata apa.
“Eh, Mir. Aku memang…kena balik!”
“Ala, kejap je!! Aku belanja!”

“Cepatlah! Aku bet RM10.”
“RM10 je? RM20 la.” Balas Shah sambil tersengih. Semua kengkawan dia mengerumuni meja dia dan Fadli.
“Okay, kau yang kata. Jom!” Fadli meletakkan sikunya di atas meja.
“Tangan kiri ke?” Shah ketap bibir.
“Takut ke?”
“Tak.”
Fadli memaut tangan Shah. Genggaman tangannya kuat sehingga membuatkan dahi Shah berkerut. Fadli tersengih nakal. Member-member diorang yang lain dah mula bersorak.
“Fuiyyooo! Cayalah. Awek lawan tangan dengan jantan!” Shukri bersiul.
“Mula!” jerit Adi, sendiri lantik pengadil tak bertauliah.
“Yok! Yok Shah! Kalahkan Fadli.”
“Yooo, kalau ko kalah malu la Fadli!”
“Gile ar korang!”
Shah mengetap bibirnya. Ish! Siotnya. Kuat jugak mamat ni. Duh! Diakan laki! Ko tu pompuan! Ala, pompuan tak leh jadi kuat ke? Memanglah. Tapi hakikatnya…Eh, shut up la!
“Geramnya!!” gumam Shah sendirian. Dia cuba menumpukan perhatian. Ceh, kalau nak tau tangan kiri aku la paling kuat!
Cis, minah ni kuat jugak! Memang tak sangka pula aku. Dia buat pumping hari-hari ke? Aku tak leh kalah dengan tomboy ni!
“Eii, geramnyaaa!!” Sedaya-upaya Shah mengumpul tenaga cuba untuk menjatuhkan tangan rakannya itu. Yepppieee, akhirnya Shah menang. Dia tersenyum lebar.
“Ceh, luck ko je.”
“Peace! Memang luck aku pun. Bak RM20 aku.” Senyumannya semakin melebar. Nak tak nak Fadli menghulurkan RM20 kepada Shah. Dia mencebik geram.
“Cayalah Shah! Kau menang.”
“Whoops, Fadli! Balik kampong je.”
“Woi! Kecohlah korang ni!” balas Fadli.
“Relek! Memang nasib aku je tadi.” Sampuk Shah, tak nak mengeruhkan keadaan. He. He. Bestnya dapat duit. “Eh, Fadli. Kuatnya kau cengkam tangan aku. Sakit doh!”
Fadli jungkit bahu. Eish! Bengangla pulak aku dengan pompuan ni. Apa nak buat. Nasib aku hari ni. Terbang duit aku!! Waaa!
“Shah!” panggil Izzat tiba-tiba.
“Pehal?”
“Apa kau buat tadi?”
“Lawan tangan.”
“Dengan sapa?”
“Fadli! Tengok, RM20 free je hari ni!” Shah tersengih.
“Fadli? Habis! Kau pegang tangan dia?” Mata Izzat jatuh pada tangan Shah. Merah. Tangan kiri?
“So?” Tanya Shah malas.
“So…” Ek, apa aku nak cakap? “So, boleh tak kalau kau datang open house aku next month?”
“Next month?!!” Shah tergelak. “Kelakar la kau ni Izzat. Kalau next week tu lain la cite.”
“Boleh tak?”
“Sure. Itu pun kalau aku tak de apa-apa. Abang aku pergi kan?”
“Mestilah!”
“Okay. Kalau tak de pape aku blah dulu.” Shah terus masuk kelas. Izzat termangu-mangu.

“Waaa! Menyampah kena detention class.” Rungut Shah sambil menggaru kepalanya.
“Tata. Nanti kita jumpa kat rumah. Emm, bestnya. Balik ni makan ikan masak cili api…”
“Blahlah!!” Shah menendang kaki abangnya. Shazril ketawa dan terus lari. “Eii, benci abang!”
“Shah, duduk! Cepat habiskan kerja ni. Buat karangan tu…” ujar Pn. Elaine. Shah mencebik geram.
Karangan!! Cam budak kecik!! Amende tajuk hari ni? What?! Damn it!! My Lovely Mother. Shah termangu di depan mejanya. Pen di tangan dimain-mainkan. Kepala otaknya cramp. Bibirnya diketap kuat. Mak! Aku mana ada mak! Aku tak tahu nak tulis apa…
“Okay. Dah pukul 3 petang. You guys boleh pulang and please hand me your essays.” Umum Pn. Elaine sambil bertepuk tangan. Yea, happynya aku dapat balik! Bosan betul tunggu detention class.
“Here.” Sebaik saja kertas bertukar tangan, Shah terus lari keluar. Pn. Elaine terpinga-pinga apabila membaca nota yang ditulis oleh pelajarnya.

I DON’T HAVE MOTHER…

Bosannya! Nak balik rumah terus mesti ikan dah habis. Siot Shazril. Bengang je. Hee, cikgu ni pun satu. Pasal aku tak buat kerja rumah pun nak kena detention class. Bodoh!
“Hai.”
“Hm?”
“Kena denda ke?” usik Izzat.
“Well, aku kan the most wanted.” Balas Shah acuh tak acuh. Boringnya. Aku kena balik jalan kaki ke?
“Aku datang ni nak ambik kau.”
“Pardon me?”
“Jom, aku hantar kau balik.”
“Tak nak.”
“Kenapa?”
“Aku memang tak nak!”
“Aku datang naik motor.”
“Sorry, aku nak call bapak aku!” Shah terus beredar. Izzat terus mengekori dia. “Amende?”
“Kenapa kau tak nak tumpang?”
“Aku tak nak! Aku tak caya kau!” Shah terus mendial nombor rumahnya. Dia ketap bibir.
“Hah? Aku bukannya nak buat benda jahat kat kau pun!” Suara Izzat mula meninggi. Mata Shah bulat merenung muka Izzat.
“Hello, ayah! Tolong ambik Shah sekarang….okay….Shah tunggu kat depan gate. Bye.”
“Shah!”
“Apa!” Eii, mangkuk ni tak faham lagi ke? Aku takkan naik kereta dengan dia lagi!!
“Pesal kau tak nak naik dengan aku?”
“Aku fobia okay!! Kau dah lupa ke?? Eii, malas ar nak ingat. Tepi!”
Izzat terangguk-angguk. Ohh, pasal accident tu ke. Ler, baru aku teringat. Ish. Aku pi tengking dia lak tadi. Aisey.
“Shah…”
“Heee! Pehal lagi?”
“Sorry ye.” Dia tersengih. Shah mendengus bosan. “So…kau akan pergi open house kan?”
“Izzat, baru semalam ko tanya aku! Benda tu lambat lagi.”
“Yea…Cuma aku nak comfirm…”
Shah diam. Bosan.
Tidak berapa lama kemudian, ayah Shah sampai.
“Elop, Izzat! Ngorat anak pak cik ke?”
“Eii, merepek je ayah ni!” marah Shah dan terus masuk ke dalam kereta.
“Okaylah. Pak cik pergi dulu!” En. Kamal tunjuk ‘PEACE’. Izzat tersengih.

“Lembab betul jantan ni. Cepat ah!” jerit Shah sambil menghentak kakinya. Shazril terburu-buru menyarungkan kasut di kaki. “Baik Shah pergi sorang je.”
“Heh, bahayalah. Lagipun ni dah pukul 9.30 malam. Time ni la baru nak cari barang.”
“Bukan…Shah nak beli ais krim je…”
“Leceh pompuan ni.”
“Shut up la! Kalau nak merungut blah la.” Marah Shah. Shazril tarik muka tiga puluh satu, bengang dengan adiknya.
Shah dan Shazril masuk ke dalam sebuah kedai runcit. Lama juga Shah dok memilih ais krim yang nak dimakan sampaikan Shazril merungut bengang nak mampos.
“Abang ni diamlah! Bosan tul.”
“Eh…korang pun ada!” sampuk satu suara gadis.
“Hai Natalia! He. He. Sapa ni?” balas Shazril sambil tersenyum. Shah buat tak heran.
“Amir, abang aku.”
“Hai. Aku Shazril.” Shazril menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Amir Safwan.” Dia menggenggam erat tangan Shazril.
“Tu adik aku Shah…kalau kau nak tau.” Ujar Shazril sekali menyindir.
“Shah…aku kenal dia. Dia selalu datang makan kat Dave’s Deli, tempat aku kerja.”
“Ya ke? Korang memang tak de apa-apa ke? Manala tau… Adoi!!” Shazril terlompat kecil sambil memegang betisnya. Perghh!! Bisanya tendangan minah ni.
“Abang jangan nak mengarut. Shah debik kang!! Dah… orang nak balik!”
“Shah, aku nak cakap dengan kau kejap boleh?” Amir mencelah.
“Amendenye?” balas Shah acuh tak acuh. Hee!!
“Meh…Shazril, aku pinjam adik ko kejap!” Amir terus menarik tangan Shah keluar dari kedai itu. Natalia ketawa kecil.
“Pinjam aje ye…jangan guna!”
Shah menarik tangannya dari genggaman Amir. Amir tersenyum.
“Cakaplah cepat! Karang cair pulak ais krim aku ni.”
“Eh, garang betul kau ni ye. Tak de le. Aku nak ajak kau datang rumah aku minggu depan, Sabtu. Ada kenduri kesyukuran sempena kakak aku balik dari London. Boleh tak kau datang?” pinta Amir sungguh-sungguh.
“Sabtu depan?”
“Bolehlah…”
“Nantilah aku fikir. Aku tak suka berjanji…”
“Hmm.”
“Mir, tak payah nak tunjuk muka poyo kau. Biar aku fikir dululah. Jangan paksa-paksa boleh tak? Dahlah, aku blah sekarang.” Shah nak angkat kaki tapi ditahan oleh Amir.
“Aku harap ko datang. Please.” Dia tersengih. “Bye!”
Shah angguk. Hee, bosannya layan bebudak ni. Ingat aku suka ke gi bertandang kat rumah orang? Bosannnn!!

"Nura tu awek aku la. Mana boleh aku buat camni!"
"Tapi, aku suka kat kau. Takkan kau tak boleh terima aku?"
"Nura tu awek aku! Kawan kau gak!"
"Apa kurangnya aku? Aku dah tak tahan, Ril. Dah lama aku pendamkan perasaan aku ni kat kau. Atau aku yang berlambat?" Natalia memandang sayu wajah Shazril.
"Aduiii!! Camne aku nak explain kasi kau paham? Aku suka kau as a friend je. Please, okay! Aku nak balik ni. Adik aku dah lama tunggu tu."
"Tak dapat kau...dapat adik kau pun jadilah!" gumam Natalia sendirian.
"Excuse me?!"
Natalia tersenyum selamba.
"Kau jangan nak gila! Adik aku tu perempuan. Sejenis dengan kau okay! Hee, kau ni dah mula mengarut la." Shazril terus blah.
Natalia ketawa kecil. Heehee. Tau pun takut. Aku tak de la gila atau sewel nak buat camtu. Kalau aku buat pun, awal-awal lagi kena reject dengan si Shah tu. Hai...sayangnya. Rapat dengan Shah pun tak pe la. Natalia ketawa lagi.
"Heh, gile apa ko ketawa sorang-sorang ni?" Zamri menyiku lengan Natalia.
"Ha? Mana ada?" Lor, boleh pulak aku khayal!! Si Shah kat depan ni buat dek je. Memang dia ni nak pulau aku betul la. Aiseh. Aku rasa kalau dia tau hal aku dengan abang dia mesti dia lagi marah. Lantaklah!
KRINGGGG!!!
Shah tergesa-gesa menyauk beg pada bahunya dan terus keluar sebaik saja memberi salam kepada guru. Natalia memandang Mustaqim tetapi lelaki itu hanya mengangkat bahunya. Di depan gate pulak, kelihatan Shah sedang berborak dengan Izzat. Heh, minah ni pun ada yang minat ke? Natalia berhajat untuk menegur mereka berdua tetapi niatnya terbantut apabila Shazril mendekati mereka berdua. Hmm, biarlah dulu. Tapi, aku kena ingatkan dia something...
"Hai Shah!" tegur Natalia spontan.
"Hmm." Wajah Shah selamba je. Izzat tersengih manakala Shazril serba salah. Huh! Perasan la kau!
"Aku cuma nak ingatkan aje. Malam ni ada kenduri kesyukuran. Abang aku ajak kau datang sekali. Kalau Izzat dengan Shazril nak join dialu-alukan sangat! Ajak Nura sekali." ujar Natalia lalu beredar.
"Abang dia tu sapa Shah?" soal Izzat.
"Amir. Kau tak kenal agaknya." balas Shah malas. "So, abang pergi tak malam ni?"
"Tak tahulah."
"Pergi ajela. Takkan Shah nak gi sorang? Seganla..."
"Kalau segan tak payah pergi je." sampuk Izzat.
"Tapi, dia dah banyak kali ajaklah. Rasa tak sedap hati lak." jawab Shah.
Izzat ketawa kecil.
"Sejak bila ko kisah perasaan orang ni, Shah??" kata Izzat serius. Shah telan liur. Pehal mangkuk ni? Cari pasal ngan aku ke?
"Heh, kau pehal pulak ni?"
"Whop! Relek la brother...sister...! Tak rock ar gaduh-gaduh ni. Shah, abang akan temankan kau malam ni. Izzat kau pulak temankan aku okay??" sampuk Shazril seraya menarik lengan adiknya. Takut jugak kalau terlepas ke muka Izzat tu.
"Huh!"
Eh, macam kenal kelibat sapa tu? Dari tadi lagi dok tercegat kat tepi pagar. Nape tak masuk-masuk lagi? Natalia segera merapati Shah yang termangu-mangu di situ. Izzat dan Shazril pun ada sama.
"Hai. Masuklah? Takkan nak jadi pak guard kot?" perli Natalia sambil tersengih. Dia yang berkebaya merah hati disulami dengan benang emas dan rambutnya dipin pada sebelah tepi masih lagi tercegat di depan Shah. "Malu ke? Abang aku tu dah lama tunggu kau! Jom." Dia terus menarik tangan Shah.
"Erk...!" Shah ketap bibirnya. Dia berasa segan sikit sebab dia pakai t shirt biasa dengan jeans je. Selekeh nak mampos!! Dia memandang abangnya sekilas.
"Shah! Datang pun kau. Wahh, selamba siot kau ni!" Amir ketawa melihat Shah yang tersipu-sipu malu. "Jom, aku kenalkan kau dengan kakak aku."
"Ta...tapi...abang aku..."
"Biar Lia je yang layan."
Shah hanya menundukkan kepalanya sambil mengekori Amir dari belakang. Dia perasan ramai mata yang memandang dirinya yang berpakaian begitu. Aku lupala kenduri kesyukuran! Segan siot! Tebal muka aku ni.
"Kak! Ni la kawan yang Mir cakap tu. Shah, ni kakak aku...Narizmi. Kak, ni Shahrina."
"Hai, Shah." Narizmi tersenyum manis seraya menghulurkan tangannya. Mereka bersalaman. "Dah lama ke kenal adik akak ni?"
"Er...tak lama..."
"Hai, kenapa ni? Gugup je? Ke segan sebab Amir ada?" usik Narizmi.
"Bukanlah! Sebenarnya, abang dengan kawan saya datang sama. Jadi, saya rasa tak sedap hati tinggalkan diorang kat luar."
"Ohh, ajaklah diorang masuk!" Narizmi tersenyum manis.
"Mir, aku ajak diorang ye." Pantas saja Shah keluar dari rumah itu. Amir mengikut Shah dari belakang.
"Hai, Shazril. Eh, siapa ni?" Amir tersenyum sambil memandang wajah Izzat.
"Aku Izzat. Kau Amir?" Izzat menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Kalau camtu, masuklah! Help yourself. Makan je pape yang korang nak. Korang terlambat sikit sebab tadi kitorang baru je habis bacaan Yaasin." jelas Amir. "Shah, jomlah. Aku banyak nak borak dengan kau."
Shah semakin serba salah. Dia memandang wajah Shazril meminta pertolongan. Dia perasan muka Izzat dah berubah kelat. Aiseh, tu bukan salah aku! Nak tak nak dia ikut Amir jugak. Amir menunjuk seluruh ruang dalam rumahnya. Shah terpegun apabila masuk ke dalam bilik Amir. Memang gempak ahh!! Aku dah lama nak bilik camni. Cantiknya! Siap ada gelung basketball lagi. Poster kereta!
"Happy je? Kenapa? Suka masuk bilik aku?"
"Aah! Aku dah lama mengidam nak bilik camni! Suka sangat! Bestlah bilik kau besar. Siap ada komputer sendiri tu! Aku lak kena share ngan abang aku yang mengada-ngada tu." Tangan Shah memegang apa saja yang terlihat di matanya. Katil, cadar, dinding, lantai, bola, tuala....
"Comellah kau ni, Shah. Mari aku tunjukkan kau sesuatu." Suis komputer ditekan. Kemudian, Amir menekan ikon My Picture. "Hm, kau suka tak gambar ni?"
"Gambar?" Shah merapati skrin komputer itu.
"Nah, aku dah zoom in. Cantik tak?"
Mata Shah tidak berkedip merenung potret seorang gadis yang terpapar pada skrin komputer itu. Berambut panjang separas bahu. Cantik! Tapi, macam pernah tengok muka dia. Ah....Aisey!! Lantas Shah merenung muka Amir yang tersenyum-senyum.
"Suka tak?"
"Cantik...eh...maksud aku gambar ni cantik."
"Orangnya lagi cantik..."
Shah telan liur. Dia mengalihkan pandangannya pada skrin komputer. Aku ke tu? Camne dia buat rambut aku panjang?
"Aku modify sikit gambar yang aku ambil. Sorrylah aku ambik tanpa kebenaran kau."
"Er...tak pe..." Shah dah tatau nak kata apa. Dia jadi tak keruan. "Aku rasa baik aku turun bawah!"
"Shah...." Amir menyambar lengan Shah. Shah agak terkejut dengan tindakan Amir itu. Dia kelu. "Ikhlas aku katakan, dah lama aku sukakan kau. Boleh tak kalau aku nak minta...hubungan kita lebih dari seorang kawan?"
"Gila apa?!" balas Shah spontan. Amir terkedu.
"A...aku .... aku tak boleh! Senang kata bagi aku cintan-cintan ni tak mainlah!" Tergagap-gagap Shah menutur kata.
Amir tersenyum.
"Naluri kau tetap perempuan, Shah. Yeah, aku pernah dengar Natalia puji kau handsome tapi aku tak leh tipu diri aku. Aku sukakan kau Shah. Mungkin dah jadi cinta..."
"Kau silap! Kita memang mesra jugak tapi aku tak pernah mimpi nak kau jadi pakwe aku! You're confuse, Mir. Aku rasa kau sukakan gambar aku dalam komputer tu. Bukan diri aku yang kat depan kau ni! Just forget it okay!" tegas Shah dan terus melangkah tetapi dihalang oleh Amir.
"Shahrina, aku memang cintakan kau. Aku tak keliru!" Dia memegang erat bahu Shah.
"Apa ni Mir? Aku nak keluarlah! Aku rasa baik kau hirup udara kat luar tu. Biar fresh sikit otak kau yang cramp tu!" marah Shah sambil cuba menolak tangan Amir.
"Shah....tolonglah..." Amir terus memeluk tubuh Shah tanpa memikirkan akibatnya.
"Ahh, Amir!! What've got into your mind?!!" Rusuk Amir ditendang dengan kuat. Lantas Amir melepaskan pelukannya. "Argh!! Bodoh! Silap aku datang ke rumah kau ni!! Jangan bagi aku jumpa muka kau lagi!!"
"Shah...Shah..!"
Shah terus keluar dari bilik Amir dan ketika menuruni anak tangga dia terserempak dengan kakak Amir. Gadis itu berhenti apabila lengannya disentuh Narizmi. Dia paksa diri mengukir senyuman.
"Kenapa ni, Shah?" tanya Narizmi mesra.
"Kak, Shah kena balik ni." Shah gelisah.
"Eh, nantilah dulu. Akak belum lagi borak dengan Shah." Narizmi pelik. Pesal ngan minah ni? Tiba-tiba, Narizmi perasan tubuh adiknya yang tercegat di tingkat atas. Wajah Amir pucat sedikit. "Apa hal ni?"
"Akak tanyalah Amir tu. Minta maaf, Shah terpaksa balik sekarang. Tahniah kak, sebab akak graduate dengan cemerlang. Lain kali ajelah kita sembang." Shah mengukir senyuman manis dan terus berlalu pergi.
"Amir?! I hope you have better explaination!" Mata Narizmi bulat merenung adiknya yang sudah menggaru kepala yang tak gatal tu.
AFTER SPM.........

"Kau nak buat apa lepas ni?"
"Entah. Kerja kot?" balas Shah acuh tak acuh.
"Kerja sama-sama nak? Hmm, kat fast food restraunt pun best jugak..."
"Cut it out!! Jangan sebut pasal fast food restraunt!"
Izzat tergamam. Pergh! Angin apa la pulak minah sorang ni? Garang betul. Ke datang bulan??
"Okay!!" Izzat tarik nafas. "Shah, dah lama aku nak tanya. Er...masa kat rumah Amir tu apa yang terjadi?"
"No big deal."
"Okay!" Peh, apa lagi aku nak kata? "Lega kan dah habis SPM?"
Shah diam.
"Kenapa ni, Shah? Kalau ada masalah, citelah kat aku."
"Tak de pape la. Aku cuma bosan." Tangan kanannya menyeluk poket seluarnya. Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak Dunhill lalu dicucuh dengan lighter. Shah menghisap rokok itu lama.
"Er...kalau kau dapat offer gi luar negara, kau terima?" tanya Izzat lagi.
"Mungkin."
Izzat tunduk. Shah perasan wajah Izzat yang muram itu tetapi sengaja dia buat tak peduli. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan dalam kepala otaknya. Shah mengeluh. Dah lama aku tak jumpa Amir. Hari tu ada juga aku pergi Dave's Deli, kebetulan je sebab abang aku nak makan kat situ tapi dengar khabar Amir dah berhenti kerja. Entahlah kat mana lelaki itu sekarang. Huh! Lebih baik macam ni! Dia sukakan aku sebab dia jatuh cinta dengan gambar yang dia modify tu. Sapalah aku ni kan. Sampai mati pun tak de laki sukakan aku. Tak de ke? Hmm, lepas malam tu jugak Natalia dah tak cakap apa-apa pasal abang dia kat aku. Dia buat cam tak de apa-apa yang terjadi. Lega jugak sebab aku malas nak bersoal jawab dengan dia.
"Yok ah. Kita gi main game kat arked." ajak Shah lalu berdiri sambil mengibas punggungnya. Izzat tidak berganjak. "Hoi! Kau nak gerak ke tak ni?"
"Er...er..sorry! Aku tak dengar tadi."
"Layan blues ah tu! Tak pun ingat awek." balas Shah kasar dan terus berlalu pergi. Terkocoh-kocoh Izzat mengikut gadis itu.
"Shah, masuk kali ni dah tiga batang rokok kau telan. Tak eloklah untuk kesihatan. Lepas ni jangan hisap lagi ye?"
Shah memandang muka Izzat dengan pandangan yang meluat.
"Heh, sejak bila kau jadi penasihat aku ni? Kau bukan bapak aku nak tegur aku. Lagi pun, bagi aku tiga batang rokok tu biasa je. Belum lagi aku habiskan dua kotak rokok!"
"Kau tahu tak...kalau selalu hisap rokok nanti mandul."
Wajah Shah merona merah. Dia tidak memandang muka Izzat dan terus mempercepatkan langkah. Izzat tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aiseh, aku dah terlepas cakap la pulak?
"Eh, sorrylah! Tapi aku cakap betul."
"Mandul pun mandul la! Bukannya aku nak kahwin."
Izzat terkedu. Wargh! Apa yang ada dalam kepala otak minah ni??
"Cepatlah mangkuk! Karang tertinggal bas." Puntung rokok tadi dibuang. Shah terus berlari menuju ke arah bas yang berhenti tidak jauh dari mereka.
"Ha!Ha!Ha!!"
Muka Izzat masam mencuka. Hee, pompuan ni! Kalau iye pun janganlah gelak cam setan! Mengalahkan laki aje laa. Dah ramai mata yang memandang ni.
"Malu tak?! Ni dah masuk kali kelima kau kalah main Daytona dengana aku!" kata Shah seakan-akan menghinanya. Apa kejadahnya Shah ni? Nak balas dendam apa pulak?? Ke pasal hal mandul tu? "Aku nak main game lain. Bosan main dengan kau."
Shah bangun tetapi dua orang pemuda yang tidak dikenali menyekat laluannya. Dengan muka toya, Shah merenung mereka. Izzat dah mula rasa tak sedap hati.
"Tere kau main Daytona ni. Pekata kalau lawan dengan kitorang? Yang kalah kena bayar RM100! Deal?" ujar salah seorang daripada mereka.
"Sorrylah brother. Aku pokai sekarang ni. No money." Sekotak rokok dikeluarkan dari poket seluarnya. Seperti biasa, Izzat hanya sekadar memerhati dan tidak mampu untuk menegurnya lagi. Dah bosan!
"Pompuan?? Aku ingatkan laki tadi? Baguslah kalau camtue!" Sorang lagi rakannya ketawa. "Pompuan tak cun tau kalau merokok ni? Hey, berlagak cam lelaki je!"
"Mampus akulah! So...blah ah! Aku nak jalan ni."
"Kau tak leh keluar dari tempat arked ni selagi kau tak lawan dengan kitorang. Kita main lima pusingan. Sapa yang banyak menang dia akan dapat RM200....itu kalau kau menang."
"Er...abang! Kitorang memang kesuntukan masa ni. Lain kali ajela lawan yek. Jom, Shah..." sampuk Izzat seraya menarik lengan Shah tetapi ditepis kasar.
"Aku memang pantang dicabar ngan orang bermuka sengkek ni!! Yok ah!! Kita lawan!" Shah mengetap kuat rokoknya dibibir. Sesekali dia menghembus kasar asap rokok.
"Fuiyooo!! Cayalah awek brutal!!" kata lelaki tadi.
Mereka bertiga pun segera memasukkan koin masing-masing. Pilih Expert. Muka Shah serius gile. Rokok masih dikepit di antara dua bibir mungilnya itu. Hatinya mula panas dek disindir oleh dua orang lelaki tadi. Mampus kau!! Kau belum tau lagi betapa expertnya aku dengan game ni! Izzat pula tidak senang duduk. Dia hanya mampu berdoa agar si Shah ni menang. Hee, beraninya dia bertaruh. Kalau kalah camne?? Ish, mangkuk dua ekor tu mesti ada niat lain bila dah tau Shah ni pompuan. s i a l !
"Hah! Camne pompuan? Dua kali aku menang!! Lagi sekali kau bayarlah duit tu kat aku!" jerit lelaki berbaju merah. Shah hanya pekakkan telinga je. Dia mendengus. Ceh, belum menang lagi! Jaga kau!
"Shah...Shah...please la..." gumam Izzat sendirian. Ramai manusia berkerumun di sekeliling mereka apabila tau mereka bertaruh.
"Yahoo!! You go girl!!" jerit Izzat tiba-tiba apabila Shah menang pusingan ketiga. Bulat mata manusia disekelilingnya memandang wajah lelaki itu. Izzat jadi malu sendiri. Shah tersengih nakal. Bodoh.
"Come on...come on..." Puntung rokok yang semakin pendek itu dibuang oleh Shah. Matanya tidak berkedip memandang skrin di depannya. Shit!! Sikit lagi...sikit lagi.....YEAH!! "Huh! Lagi satu je jadi penentu! Anyway, better kau prepare duit kau orang tu! RM100 each okay."
"Tak tentu lagi!"
Izzat tersenyum lega sikit. Harap-harap Shah menang. Rasanya memang doa si Izzat ni diperkenankan, Shah menang pusingan kelima. Menjerit tak sedar diri si Izzat ni. Lega ar doh!!
"Mangkuk. Diamlah!" Shah menyepak kaki Izzat.
"Sorry!! Aku lega kau menang."
"Cayalah kau!" Beberapa orang lelaki datang mengucapkan tahniah kepada si Shah. Tak ketinggalan jugak kaum yang sejenis dengannya.
"Argh! Kau ni cute la. Jom minum? I belanja?" ucap seorang gadis tak sedar diri. Shah hanya tersenyum sinis.
"So, mana duit aku?" tanya Shah acuh tak acuh.
"Bodoh! Kau main tipu!"
"Tipu apa pulak? Lain la kalau mata kau dah buta, bolehlah kau tuduh aku camtu! Dah, bak sini RM200 aku!! Itu pun kalau kau tak dayus!"
"Celupar mulut betina ni!! Meh sini, biar aku belasah sikit!!" Lelaki tadi terus menerkam Shah tetapi sempat dielak. Terus Shah menghadiahkan sebuah tumbukan di belakang lelaki tadi. Dia menendang perut lelaki itu berkali-kali.
"Ha! Ha! Manusia tak tepati janji. Aku paling anti dengan manusia camtu, kau tau? Ni yang buat aku marah ni!!" Terus saja Shah menarik rambut lelaki tadi dan mukanya dihentak kuat pada lantai berkali-kali. "Aku benci kau!! Benci!!"
"Shah! Shah! Stop it! Karang mati pulak dia..." Tubuh Shah ditarik oleh Izzat.
"Tak boleh!! Selagi dia tak bayar duit aku, aku akan bunuh dia!!"
Ya Allah!! Apa yang dah merasuk dalam tubuh Shah ni? Kenapa dia out of control camni? Izzat memandang muka kawan lelaki tadi sambil mengisyaratkan kepadanya supaya membayar duit tu.
"Hehe, girl! Cukuplah tu! Janganlah buat hal kat sini. Er...hmm...nah! RM200 kau. Er..congrates!" Lelaki itu segera menghulurkan empat not lima puluh ringgit kepada Shah. Duit itu dirampas kasar.
"He. He. Tau pun takut. Thanks a lot. Lain kali jangan cari pasal dengan orang!! Ambik nih!!" Anu lelaki itu ditendang sehabis daya Shah. Apa lagi, melolonglah lelaki tadi. Sakit, perit dan senak bukan main! Kalau boleh nak cabut je anu tu dari tubuh dia. "Yok Izzat! He. He! Aku kaya!"
"Shah, kenapa dengan kau tadi? Ramai orang tengok kau tau!!"
"Kenapa apa?" balas Shah selamba. Dia mengira-ngira duit yang berada di tangannya.
"Kau cam nak bunuh dia je."
"Kau takut? Dia kan lelaki. Takkan matilah! Dah arh! Aku nak pergi makan."
"Shah! Geramnya!"
"Tipu!! Abang tipu!!!" Pasu bunga di atas meja dicapai lalu dibaling ke dinding. Habis pecah berderai. "Jangan tipu Shah!!"
"Shah...Shah. Dengar cakap abang ni..." Kedua-dua belah tangan adiknya digenggam erat. Mata mereka bertembung. "Petang semalam, Rafizul jumpa dia kat dalam semak dekat taman tu. Memang parah juga keadaan dia. Mungkin dia akan koma...."
"Sa...sapa buat dia camtu?!" tanya Shah perlahan. Matanya tidak berkedip merenung wajah abangnya.
"Tak tahu."
"Shah nak tengok dia!! Bawa Shah tengok dia!!" Kolar baju Shazril dicekup kasar, hampir-hampir tercekik anak teruna En. Kamal yang sorang tu.
"Shah!! Jangan camni. Diam okay. Meh, abang bawa Shah gi hospital." Shazril memeluk bahu adiknya dan membawanya masuk ke dalam kereta. "Duduk diam-diam."
Setibanya mereka di hospital, kedua-dua kembar itu bergegas ke ICU yang menempatkan Izzat. Mereka tidak dibenarkan masuk memandangkan keadaan Izzat yang agak teruk. Takut mengganggu.
"Shah! Jangan masuk! Hish!"
"Abang! Lantak Shah la. Shah kena tengok Izzat dari dekat!!" Tangan abangnya ditepis dan dia terus meluru ke dalam wad itu sebaik saja doktor dan jururawat tadi hilang dari pandangan mata.
"Hish!! Degil siot." gumam Shazril sendirian.
Shah terkedu seketika tatkala menatap wajah Izzat. Izzat.....teruknya dia! Wajah Izzat yang lebam-lebam dan berparut panjang di antara kedua-dua matanya. Sebelah kakinya patah dan terpaksa dimasukkan besi. Begitu juga dengan kedua-dua belah tangannya. Ya Allah! Selamatkanlah Izzat. Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa yang dengki dengan Izzat? Izzat, kuatkan semangat kau! Jangan mati lagi! Aku tak nak kehilangan sorang kawan yang baik cam kau!
Jari jemari Izzat yang kasar disentuh diusap lembut oleh Shah. Kemudian, dia menggenggam erat tangan Izzat. Shah melabuhkan punggungnya di sisi Izzat. Dan inilah kali pertama dia menyentuh wajah Izzat. Hatinya menjadi sayu. Siapa yang jahanam sangat ni? Tak berakal!! Sampai hati dia belasah Izzat sampai jadi camni!
"Izzat....bangunlah...Jangan tinggalkan aku sorang. Kaulah kawan terbaik aku!" bisik Shah sendirian. Walaupun hati Shah terasa hiba, namun tiada setitik pun air mata yang bergenang di kolam matanya. Entah kenapa.
"Shah....jom balik. Nanti kalau doktor tu datang, kang dia marah."
"Mampus dialah! Ingat Shah takut ke?" balas Shah kasar.
"Shah! Jangan degil. Kau nak abang heret keluar ke??"
"Buatlah. Shah pun nak tengok."
Shazril kehilangan kata. Sakitnya hati dapat adik cam s i a l ! Degil nak mampos!
"Please, cik Shahrina. Jom kita balik. Lain kali kita datang lagi. Tolong dengar kata abang." Sengaja Shazril mencengkam kuat lengan Shah. Shah merenung tajam ke arah abangnya.
"Fine." Shah terus blah.
Shazril tersenyum. Kemudian, dia memandang Izzat yang terbaring kaku. Eh, Izzat. Kau nampak tak tu? Adik aku pegang tangan kau! Dia pegang muka kau jugak! Kalau kau sedar mesti kau dah melompat cam orang gile. Hmm, nampaknya dia memang sayangkan kau. Sebagai apa tu aku tak pasti.

"Nak pergi ke?" tanya En. Kamal.
"Entahlah, yah. Shah confuse! Baru Shah tau sekarang. Izzat kena pukul disebabkan Shah. Jadi, Shah rasa bersalah. Tapi, Shah malu jugak nak berdepan dengan dia....walaupun dia koma..."
"Shah, fikirlah masak-masak. Lagipun, peluang macam ni sekali je datang. Mungkin setahun Shah kena buat persediaan kat KYPM...tapi takde ruginya. Ayah tak nak kata apa-apa. Shah dah besar, boleh buat keputusan sendiri."
"Er...hm...Shah nak sangat pergi. Abang?" Shah pandang ke arah Shazril. Lelaki itu hanya tersenyum. "Kalau camtu....Shah nak pergi! Dah lama Shah idamkan offer ni."
"Sure?" tanya En. Kamal.
"Of course!"
"Apa-apa pun, ayah berbangga dengan result Shah. Straight A1! Ril pun walaupun 8A1 dan 1A2 tapi ayah tetap berbangga. Hmm, kalau korang dua dapat offer yang sama kan bagus. Tak de la ayah risau sangat nak lepaskan Shah pergi sorang-sorang."
"Releklah ayah. Shah kan dah besar?"
"Sebab dah besarlah ayah takut! Lawa pulak tu!"
"Mengada betul." Shah ketawa kecil. "Hmm, abang. Nanti abang tolong tengok-tengokkan Izzat ye? Kalau dia tau result dia baik mesti dia suka."
Izzat, aku pasti akan merindui kau. Kau terlalu baik bagi aku. Aku minta maaf atas segala kesilapan dan kekasaran yang pernah aku lakukan terhadap kau. Aku memang bertuah sebab dapat kawan cam ko. Minta maaf lagi sekali kerana aku menyebabkan kau jadi begini. Bangunlah, Izzat! Aku lebih rela dengar kau membebel, memarahi aku daripada kau tidur macam ni. Bangunlah!! Kau pekak ke?! Geram aku tengok kau buat muka poyo camni! Izzat!

Eight years later........

"Bosannya. Hari-hari buat benda sama je!! Kerja, balik rumah, makan, tidur, kerja, kerja, kerja!! Eii, tak habis-habis!" rungut Izzat sambil menguak kasar rambutnya.
"Kalau nak kelainan sikit, cari awek! Bukannya susah. Tengok aku ni, dah berapa kali tukar awek." balas Shazril sambil ketawa.
"Aku ni bukan cam ko! Kalau boleh, aku nakkan cinta pertama aku tu terus ke jinjang pelamin."
"Hai, perli nampak? Relak ah! So, kopi ni sapa nak bayar? Kau belanja aku kali ni, please?"
"Hampeh kau ni! Bosan nak keluar ngan kau! Habis duit aku kena belanja kau! Ni belum ada awek lagi ni!" komen Izzat sungguh-sungguh. "Kali ni aje okay!!"
"Thanks! Tu pasal aku suka keluar dengan kau!" Shazril ketawa besar.
"Jom gerak. Dah panas bontot aku lepak kat sini. Cuci mata best gak. Yok ah!" Izzat lebih dulu mengatur langkah meninggalkan kafe yang menjadi tempat mereka melepak. Tiba-tiba, Izzat perasan akan kekecohan yang berlaku tidak berapa jauh dari tempat dia dan Shazril berjalan. "Weh, Ril. Ada apa kat sana tu? Yok tengok?"
"Ala, gaduh ar tu. Cepatlah jalan."
"Lek ar! Jom kita tengok."
"Hee, mangkuk tandas betul!!" Shazril mengomel sendirian. Nak tak nak dia ikut jugak bestfriend dia tu.
"Hoi pompuan! Jangan menyesal kalau kau mampos nanti!!"
Seorang gadis berambut panjang separas pinggang hanya tersenyum manis. Tubuhnya yang solid dan terbentuk indah itu disaluti dengan cheongsam merah terbelah di pangkal paha. Kelihatan dua orang lelaki cedera teruk, mungkin dibelasah pompuan ni? Lelaki yang bertubuh sasa di depannya mula mengorak langkah namun gaya gadis itu tetap tidak berubah. Relax je.
"Wohh, lawa ah kaki pompuan tu!" gumam Shazril. Izzat mendengus kasar. Hee, camne la member aku yang sorang ni leh jadi mata keranjang?
Izzat hanya memandang gadis tadi bertarung dengan lelaki bertubuh besar itu. Hatinya diruntun simpati kerana tiada seorang lelaki pun yang sanggup untuk menolong gadis itu. Mungkin sebab gadis itu pandai berlawan so tak de yang berani tampil ke depan. Aku?! Argh! Aku dah fobia nak bertumbuk since koma 6 bulan dulu.
"Fuiyooo!! Cayalah pompuan ni! Mampos laki tu dikerjakan dia!" jeritan Shazril masih lagi didengar walaupun ditenggelami oleh sorakan para penonton jalanan.
Menang ke? Gadis tu dah menang? Izzat menghela nafas lega. Nasib baik dia tak de apa-apa. Eh, dia cam pandang aku je? Warghh! Dia senyumlahhh!! Gadis itu terus berlalu pergi. Beberapa orang lelaki menegurnya tetapi dia tidak melayan mereka. Izzat terpegun seketika.
"Izzat! Yok gerak! Pehal ni?"
"Ek..tak de pape." Senyuman yang menawan! Tapi, muka dia tu cina ke melayu? Putih betul. Cam familiar je.

Izzat masih lagi tidak dapat melupakan senyuman si gadis cheongsam itu. Jelitanya!! Habis angaulah aku karang!!
KRINGGGGGGGGGG!!!
Mak aih!! Terkejut je. Gagang telefon dicapai sambil hatinya merungut-rungut.
"Izzat, malam ni dinner kat rumah aku okay! Ayah aku ajak kau datang. Cam biasa okay? Kol 8 sharp mesti terpacul kat rumah aku!"
"Woiii!! Sabo laaa. Len kali kasi salam dulu! Haprak ah ko ni!" marah Izzat.
"Aiseh. Pesal ni? Lek ar. Orang nak kasi tuah dia marah-marah pulak. Yelaa, Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
"So, datang okay?"
"Eh, Ril...!"
Du! Du! Du! Mangkuk ayun! Dia letak la pulak. Hee. Malam ni ke? Ceh, langkah kanan la aku hari ni. Pak cik Kamal tu memang tere masak. Lagi-lagi kalo dia masak lasagna. Gempak siot!! Western cook!
Tepat jam 8 malam, Izzat dah terpacul kat depan pintu rumah Shazril. Pintu dibuka dan Izzat melangkah ke ruang tamu. Shazril hanya berseluar slack tanpa baju. Dia tersengih memandang muka Izzat.



Marah lagi ke?Since nampak awek tu, Izzat selalu termenung.
"Jom makan."
"Takkan kau tak pakai baju kot? Aku loya tengok orang tak pakai baju masa makan." sindir Izzat.
..."Ish, body aku lain la. Tough and solid kan?"
"Tak kuasa aku!"
"Hah Izzat! Jom makan." sapa En. Kamal sambil tersenyum. Mata Izzat bulat merenung makanan kegemarannya.
"Wow! Pak cik ni memang ingat je favourite food saya."
"Biasalah. Em, mak Izzat apa khabar?"
"Sihat je."
"Ala ayah ni. Ada hati nak ngorat mak Izzat. Mak dia tu dah ada kekasih hati okay!" sampuk Shazril spontan. Izzat ketawa geli hati.

"Ish, Ril ni bising je. Kan dah terbongkar rahsia ayah tu?"
Mereka bertiga menjamu selera sambil berbual-bual kosong. Selepas makan, Izzat dan Shazril disuruh mencuci pinggan sementara En. Kamal goyang kaki tengok TV. Kemudian, Shazril meng...ajak Izzat menonton VCD yang baru dibelinya. En Kamal cam biasa join sekaki. Bagi dia, Izzat dan Shazril ni dah cam kawan-kawan dia kat rumah ni.
"Best movie ni. Mana Ril dapat?" tanya En. Kamal.
"Beli la yah! Takkan jatuh dari langit kot?" perli Shazril sambil ketawa. Izzat hanya tersengih.
"Pandai ko kenakan ayah ye!"
Ding! Dong!
"Sapa pulak datang malam-malam buta ni? Ril, pi tengok."
"Ayah ni, tengah scene best ni."
"Hish, degil kamu ni!"
"Biar saya je tengok, pak cik." sampuk Izzat sambil tersenyum.
"Hm, bagus anak Pn. Zaitun ni." En. Kamal tersengih. "Ril! Kau ni cubalah jadi cam Izzat sikit. Makin lama kau ni makin nakal tau tak!"
Izzat hanya menggeleng kepalanya apabila dua beranak itu bergaduh. Memang dah jadi kebiasaan diorang berdua nak perli-memperli. TYak de la serius sangat. Pintu kayu dibuka. Mata Izzat tidak berkedip merenung wajah di hadapannya. Gadis di hadapannya seperti tersentak tetapi bibirnya mengukir senyuman manis.
"Assalamualaikum, Izzat."
"Waalaikummussalam....er...kau ni..." Gril dibuka. Gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah sambil menjeling manja ke arah Izzat.
"Hai!"
Shazril dan En. Kamal terkedu. Diorang langsung tidak berketik merenung sekujur tubuh ramping di depan mereka kini. Izzat ketap bibir. Gadis itu melangkah ke arah En. Kamal lalu berlutut. Tangan En. Kamal dicapai dan dicium.
"Apa khabar ayah? Shah minta maaf sebab dah lama tak contact ayah."
Shah?!! Izzat terasa bagaikan mimpi. Shazril terasa cam melepas sangat!
"Shah?? Shahrina ke??" jerit En. Kamal seraya memeluk tubuh Shah. "Lawa anak ayah ni!"
"Shah, adik abang?" sampuk Shazril lalu mendekati adiknya.
"Bila sampai? Kenapa tak gitau ayah? Shah tahu tak, ayah rindukan Shah dalam masa lapan tahun ni."
"Sorry la. Ada sebab saya buat camni." Shah berdiri. Rambut panjangnya terhayun lembut apabila kepala dia bergerak. Dia merenung tajam ke arah Izzat. Hmm, nampaknya parut tu memang lekat kat muka dia. Tapi, dia nampak macho dengan gaya rambut panjang separas bahu tu.
"Kenapa pandang camtu?" tanya Izzat tak keruan.
"I'm so happy today. At last, dapat jugak balik." Shah ketawa.
"Shah, kau ni memang lawa la!! Berbeza dengan Shah yang dulu! Eh, hari tu Shah ke yang cari gaduh dengan tiga orang slenger kat tepi jalan tu?" tanya Shazril. Hee, minah ni! Kalau bukan adik aku dah lama aku rembat!
"Yup. Shah perasan abang dengan Izzat ada cuma Shah tak berani nak tegur lagi. Anyway, saja nak surprise."
"Tak sangka abang...."
"Oh ye, tiga buah beg besar ada kat luar. Abang tolong angkut ke bilik Shah boleh? Shah nak keluar dengan Izzat." ujar Shah sambil melirik ke arah Izzat yang merah padam mukanya. Sengaja dia memilih untuk memakai cheongsam merah. Dia memang gemarkan pakaian ini. "Yok ah Izzat!"
"Ek..."
"Pergi ajela, Izzat. Peluang baik tu." En. Kamal mencelah sambil tersenyum.
Semasa di dalam kereta kepunyaan Shah, Lexus, mereka lebih banyak berdiam diri. Mungkin tak tahu nak mula dari mana. Shah asyik tersenyum sendirian. Kadang-kadang dia menjeling ke arah Izzat yang kelihatan tertekan. Kenapa? Segan dengan aku ke? Shah memberhentikan keretanya di sebuah lorong berdekatan dengan kedai mamak. Dia mencuit dagu Izzat. Lelaki itu tersentak.
"Dah sampai. Termenung apa lagi? Yok makan!"
Izzat telan liur. Kalau tak silap, Shah cuit dagu aku tadi? Biar benar? Ke aku mimpi ni? Nak makan lagi?
"Uncle, saya nak nasi pataya dengan air limau nipis taruk ais ye! Izzat, kau nak apa?"
"Er...roti bom dengan teh tarik je la."
"Okay! Biar aku belanja." Shah sengaja merenung mata Izzat tanpa henti. Naik segan Izzat dibuatnya. Tak senang duduk! Shah juga perasan ramai mata yang memandang dirinya. Huh, biarkan!
"Izzat, macam mana dengan kau sekarang?"
"Hmm, baik je."
"Kerja?"
Izzat angguk.
"Dulu...aku dengar kau koma enam bulan."
Izzat diam. Shah jadi bengang.
"Aku minta maaf. Kerana aku, kau dibelasah teruk camtu."
"Dah la. Aku tak ambik kisah pun. Lagipun, beberapa bulan lepas tu sembuh jugak." Izzat cuba tersenyum.
"Kau tak gembira ke jumpa aku? Ke kau ada girlfriend lain sekarang?" tanya Shah penuh cemburu. Izzat tersenyum sinis. Tau cemburu pulak kau! This is a good sign!
"Kau masih tunggu aku ke? Kau tak terfikir ke kalau aku dah kahwin sekarang ni?"
"Aku tau kau belum kahwin."
"Oh ya ke?"
"Sebenarnya, dah sebulan lebih aku sampai ke Malaysia. Cuma, dalam masa tu aku belum kuat untuk bertemu dengan kau. Aku takut, rasa bersalah sangat. Jadi, aku buat part time jadi spy....intip kehidupan kau setiap hari." Pandangan Shah jatuh pada parut panjang di muka Izzat. "Izzat, aku sayangkan kau."
"Habis tu?"
"Kenapa dengan kau ni?! Kenapa kau cam sengaja nak sakitkan hati aku?" Suara Shah melengking. Meja makan ditumbuk kasar. Hilang keayuannya di sebalik cheongsam merah itu. Pelanggan lain hanya memandang mereka berdua. "Lapan tahun! Lapan tahun aku berasa bersalah terhadap kau!! Kenapa kau cam marah dengan aku ni?"
"Shah...." Izzat tunduk. "Kau tau apa aku mimpi?"
Shah telan liur.
"Dalam mimpi tu, aku nampak kau dilarikan orang. Aku kejar kau. Tapi tak dapat. Lepas tu, aku mimpi kau pegang tangan lelaki lain sambil tersenyum mengejek kat aku."
"Itu mimpi je!! Bukannya betul!" tingkah Shah. Rambutnya yang panjang mengurai di selit pada telinga.
"Memang mimpi....tapi ada petanda. Masa aku sedar buat pertama kali, harapan aku ialah untuk menatap wajah kau. Tapi, aku hampa. Bila abang kau cakap kau dah pergi belajar ke luar negara, aku tumpang gembira. Cuma, aku kecewa Shah. Selama lapan tahun kau langsung tak contact aku....seolah-olah aku ni tak pernah wujud dalam hidup kau. Aku marah sangat dan aku tak pernah berharap kau muncul lagi dalam hidup aku...."
PANG!!! SPLASHH!!
Izzat terpinga-pinga. Dia meraut mukanya yang dibasahi air limau nipis. Mamak di sebelah terkedu tanpa kata. Nasi pataya di tangannya dirampas kasar oleh Shah lalu ditenyeh pada muka Izzat dengan geram.
"Uncle, nah...keep the change!" Shah terus berlari menuju ke keretanya tanpa menoleh kepada Izzat. Laungan namanya tidak diendahkan.
"Habislaa kalau itu Shah mengamuk!"
"Hah? Uncle kenal dia ke?" Nafas Izzat tidak menentu. Semacam aura mengalir di dalam tubuhnya tiba-tiba. Aku dah tersilap kata?!
"Aiyoyoo! Shah ha, memang selalu makan kat gerai uncle ni! Memang dia tu cam gang uncle dey! Kalau you nak tau, itu hari dia tolong uncle belasah bebudak jahat yang datang kacau gerai uncle! Dia memang baik!"
"Uncle, saya ke yang salah?"
"Memang!! Dia ada cite ngan uncle pasal you. Dia menyesal sebab buat you sakit. Lapan tahun tu dia rasa bersalah dan malu nak contact you. Tapi, memang tadi tu you dah buat silap besar. Mana boleh you cakap gitu ngan Shah? Baik you kejar dia cepat sebelum dia lupakan you. Jangan menyesal sudahlah! Aiyoyoo. Ini orang sekarang ha tak tau nak hargai orang lain. Aiyooo!" jelas mamak itu panjang lebar dan terus beredar. Izzat menghembus nafas kasar. Shit.

"Don't talk about him!!" pinta Shah.
"Okay, okay! Cam tak elok je result ni. Kalau kau nak aku tolong, gitau je."
"Hee! Aku bosanlah!! Geram!! Kalau kau kat tempat dia, kau pun marah cam dia ke?"
"Hmm, marah tu marahlah jugak. Yelah! Sapa tak marah lapan tahun hilang tanpa khabar? At least call ke, tak pun utus surat, nak senang email je!"
"Khir, aku tak nak kehilangan dia. Tapi, dia cam serius je bila cakap camtu. Aku sedihlah! Kalau boleh aku nak belasah je dia!"
"Shah, Shah. Kau tu pompuan. Betul la aku cakap. Sekali pandang kau memang lawa nak mampos. Jelita habis! Tapi, sekali kau buat perangai dulu kau tu memang hancus!"
"Diamlah!" Shah menghentak kakinya. Mukanya masam.
Khir tersenyum. Macam-macamlah hal awek ni. Tau suka, tapi marah bukan kepalang. Macam mana nak selesai kalau asyik dolak-dalik camni je? Hmm, Shahrina memang seorang yang cantik. Tapi, bukan taste aku. Perangai dia terlampau extreme. Boleh pulak tu dia kalahkan lelaki yang dua kali ganda lagi besar dari dia? Camne aku nak protect dia kalau dia sendiri dah kuat camtu?
"Kau yakin dia cintakan kau?"
"Mana aku tahu!"
"Hai...kau patut confirm dulu. Sekali dia memang ada awek lain camne?"
"Huh! Mampuslah awek tu aku belasah nanti!"
Khir ketawa. Aduh! Ganasnya dia ni!
"Pekata kalau kau terus-terang dengan dia? Kau mula dulu."
"Hmm. Kalau dia reject?"
"Belasah je dia." Khir ketawa lagi. Shah membungkam. Hampeh mamat ni!
"Ha...banyak cantik. Karang koma merana la aku!" balas Shah sambil tersengih.
"Hai Khir! Hai Shah!"
"Phewwitt! Balak cun!" usik Shah sambil bersiul nakal.
"Ish! Shah ni betul la! Suka sangat usik hem!" Eric atau nama sebenar dia Mohd Shahrul menarik kerusi lalu duduk di sebelah Shah. "Hem tak sangka boleh jumpa Shah dengan Khir kat sini. Rindu sangat kat you all ni!"
"Heh. Heh. Ada balak baru ke?" tanya Shah.
"Ada! Tadi dia pergi kedai sebelah. Terlanjur hem nampak you all kat sini, hem datanglah tegur. Shah you makin cantiklah! Cemburu hem!!" ujar Eric sambil menggoyangkan tubuhnya. Peh, Khir telan liur je. Geli. "Khir, you tak nak join hem dinner malam ni?"
"No, thanks..Eric." Khir tersenyum.
"Hai Eric. You still ada hati dengan En. Khir kita yang macho ni ke?" Selamba je Shah memeluk bahu Eric yang agak keperempuanan. Pondan asli. Buah dada pun dia perbesarkan. Peh. Boleh tahan cun jugak la body dia.

"Nak buat camana, Shah. Orang tak nak kita! Takkan kita terhegeh-hegeh tunjuk muka kan? Ahh, my honey tengah tunggu kat luar tu! Lain masa hem akan kenalkan dia pada you all yeah? Bye! Bye!" Terkedek-kedek Eric berjalan ke luar menuju ke pakwe tercinta. Shah tersenyum geli hati.
"Kalau Linda tau Eric ada hati dengan kau, habislah berperang ya?" ejek Shah.
"Tolonglah Shah! Jangan ejek aku dengan dia! Heee, nak termuntah!"
"Yeah. Kalau dia lelaki tulen, mesti dia baik kan?"
"Maybe."
"Okaylah, aku nak balik ni. Dah lama lepak."
"Bila kau nak start kerja?"
"Entah. Lepas settle semua hal. Orait, chow!"
Khir hanya mengangguk.
Shah tersenyum-senyum apabila teringatkan gelagat si Eric. So cute! Tak rugi dia jadi member aku. Kunci kereta dicucuh. Tiba-tiba, bahunya disentuh seseorang.
"Hai." Izzat tersenyum tawar. Dia segan untuk bertentang mata dengan Shah. "We need to talk."
"Talk to yourself!" balas Shah sambil melurut rambutnya. Dia segera membuka pintu keretanya tetapi dihalang oleh Izzat.
"Shah. Aku mintak maaf dari kau! Aku yang salah! Aku tak patut marah kau hari tu. Cuma, aku geram!"
Shah diam.
"Shah! Please! Maafkan aku! Kita bincang elok-elok?" pujuk Izzat sambil memegang bahu Shah. Shah mula serba salah.
"Hey! Pehal kau kacau dia ni? Nak kena belasah?" tegur sorang lelaki berkepala botak. Tiga orang rakannya hanya merenung tajam muka Shah. Izzat kelu.
"Tak..aku tak kacau dia! Dia kawan aku!" jawab Izzat.
"Betul ke dia kawan kau?" tanya lelaki itu kepada Shah. Shah diam. "Dia tak cakap apa-apa! Tu maknanya kau bukan kawan dia! Jom, belasah mamat ni!"
"Shah..Shah! Ek..!" Leher Izzat bagaikan tercekik apabila si kepala botak itu mencekup leher kolarnya. Muka Shah ditumbuk kuat. "Shah, dengar dulu aku nak cakap...! Argh!" Perut Izzat ditendang bertalu-talu.
Shah ketap bibir. Siot. Ni bukan caranya Shah! You're a big girl now. So, solve like an adult! Shah berpaling ke arah Izzat.
"Stop it! Jangan tumbuk dia!!" jerit Shah lalu mendapatkan Izzat yang merengkot kesakitan.
"Ai...tadi kata bukan kawan?"
"He's my friend, Joe." kata Shah sambil merenung lembut ke arah Izzat yang terpegun. Mesti dia terkejut aku kenal mamat empat ekor ni. Heh, kau belum tau siapa Shah yang baru.
"Hmm, okay Shah. Gerak dulu. Sorry belasah member kau." Si botak dan beberapa orang rakannya terus beredar dari situ.
"Kau boleh jalan, Izzat?"
"Boleh...." balas Izzat perlahan. "Kau kenal diorang?"
"Aah. Diorang tu member Eric sebenarnya. So, aku kawan Eric kira cam diorang tu kawan aku jugakla."
"Eric sapa?"
"Sure you don't wanna know! Jom, aku hantar kau balik. Tak pun kita jalan-jalan. Kau okay tak ni? Cam teruk je." Shah tersenyum-senyum sambil mengusap pipi Izzat. Kemudian, dia mengusap dan membetulkan rambut panjang Izzat yang agak serabai tadi. "Kan handsome camni? Hmm."
Izzat diam. Dia jadi segan dengan tindakan spontan Shah. Mereka berdua masuk ke dalam Lexus. Enjin dihidupkan tetapi Shah masih tidak berganjak. Dia hanya memandang Izzat tanpa sepatah kata.
"Kenapa?"
"Tak de apa. Cuma, aku nak minta maaf sebab biarkan diorang belasah kau."
"Ha...kenapa kau buat camtu?" tanya Izzat. Dahinya berkerut menahan kesakitan di bahagian rusuk dan tulang rahangnya.
"Untuk mencari kepastian....sama ada aku masih cintakan kau atau tidak." Mata Shah tidak berkedip.
"Jadi...?"
"Aku memang cintakan kau, Izzat." luah Shah sambil tersenyum. Dia sengaja mendekatkan mukanya pada muka Izzat. Dia tau Izzat jadi tidak menentu jika dibuat begitu. "Aku sayangkan kau...aku cintakan kau...." Bibir Shah melekat pada parut di muka Izzat. Izzat terkejut beruk. "Kau cintakan aku?"
"Aku....aku...." Tergagap-gagap Izzat menjawab.
Shah ketawa. Hah, lelaki! Buat gimik sikit dah gugup. Hmm, orang cam Izzat ni....
"Kau tau? Parut kau ni membuatkan kau tampak lebih macho dan tampan. Aku suka...." Sengaja dia melarikan jari telunjuknya pada parut Izzat. "Izzat, kau tak jawab lagi?"
"Shah...kau....kau memang berubah! Kau lain...kau bukan cam dulu lagi! Kau...argh! Tak tahu aku nak cakap camne."
"Aku camne? Lebih daring? Hah! Luaran aku memang nampak camni. Cuma, sikap aku tetap serupa." ujar Shah sambil bermain-main dengan hujung rambutnya. "Atau, kau rasa aku patut potong pendek rambut aku ni? Jadi cam dulu?"
"Tak! Jangan!" pintas Izzat. Apa aku nak cakap?
"Kenapa? Apa hak kau nak halang aku?" Shah masih lagi bermain tarik tali dengan Izzat. Hai mangkuk! Terus-terang aje la. Bosan betul aku dengan kau ni!
"Hak? Hak...? Em...Sebab...sebab aku cintakan kau! Shah, aku cintakan kau sejak dulu lagi! Aku tak kahwin sampai la ni sebab aku tunggu kau la, Shahrina!" luah Izzat.

"Woo, relek la Izzat. Gelabah je. You're so cute, you know that? Jom, kita gi round-round dulu." Shah terus memecut keretanya. "Izzat, aku nak jadi isteri kau boleh tak?"
"Shah...."
"Will you be my husband?" ucap Shah selamba. Izzat ketawa. ...Apalah Shah ni...terbalik pulak!!

"Tak sangka kau berjaya jugak kahwin dengan adik aku tu!" kata Shazril sambil menepuk bahu adik iparnya. "Bertuahlah kau dapat awek lawa gile!"
"Adik kau la tu!"
"Jaga dia baik-baik! Kalau tak aku belasah kau."
"Kalau kau nak tau, aku lagi takut kalau Shah belasah aku! Dah ah, aku nak pi jenguk bini aku kat atas tu."
"Jenguk konon! Kata je...alih-alih melekat sampai esok pagi!" perli Shazril. Izzat buat tak dengar.
Pintu bilik Shahrina dikuak perlahan. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi mereka akan berpindah ke kondominium yang baru dibeli. Pintu bilik dikunci. Perlahan-lahan Izzat mendekati Shah yang sedang menatap sesuatu. Pinggang isterinya dirangkul kemas. He. He. Saat inilah yang aku idamkan, yang aku tunggu!
"Hai, Izzat."
"Tengok apa?"
"Gambar Shah le."
"Hmm, cute kan masa Shah sekolah dulu? Suka abang tengok."
Shah ketawa. 'Abang' ye?
"Shah teringatkan Amir. Dua minggu lepas Shah terjumpa dia. Dia dah kahwin....dah ada dua orang anak. Comel betul! Bini dia pun lawa. Kitorang sembang kejap. Dia minta maaf sebab buat Shah camtu dulu. Shah cakap Shah pun tak kisah. Dah lupa dah...." terang Shah tanpa dipinta. "Makin handsome Amir tu."
"Eleh, abang rasa abang lagi handsome!" Sengaja dia menggeselkan mukanya pada leher Shah.
"Heh, janganlah!"
"Jangan apa pulak! You're mine now." Rambut panjang Shah diusap lembut. "Hmm, abang nak Shah gitau abang. Apa yang terjadi antara Shah dengan Amir dulu tu?"
"Cite lama la..."
"Please Shah!" Pelukan dipereratkan. "Tell me now...."
"Hmmm...." Shah diam seketika. "Amir cakap dia sukakan Shah dan inginkan hubungan yang lebih sebagai seorang kawan. Shah tak nak tapi kalau dah angau tu macam-macam boleh jadi kan? Dia peluk Shah tapi Shah tendang dia. Lepas tu Shah baliklah. End of story!"
"Camtu ke? Lega hati abang sebab Shah tak terima dia. Kalau tak melepaslah abang!"
"Perasannya...."
"Shah...."
"Hm?"
"Abang cintakan Shah....you're my beloved wife...and my beloved tomboy eight years ago!"
"Shah pun cintakan Izzat..."
"Call me abang okay!"
"Perasan! Kita sama umur kan?" perli Shah.
"Eh, dah jadi isteri orang pun degil lagi? Hehe! Masa ni la abang nak hukum Shah!!" Pelukan dipereratkan lagi dan......
"Izzat ni! Nakal la!" Shah ketawa kecil sambil merenung wajah suami tercinta. "Shah cintakan abang..." Lalu bibir mereka bertaut lama.

END

Pengorbanan Pencinta

Pengorbanan Pencinta
Saat Terindah Dalam Hidupku...
aku pencinta setia..mustahil ada yg kedua...

Bahang matahari yang mula mendaki di dada langit dapat dirasai pada kulit sawo matang milik seorang gadis yang baru sahaja selesai menyiapkan diri sebaik sahaja dia membuka tingkap biliknya.
“Hmm satu lagi hari baru. Harap-harap hari ni akan menjadi lebih baik daripada semalam” Alia berkata sendirian kepada dirinya.
Tubuh Alia yang genit tampak anggun apabila dia mengenakan baju kurung. Dengan bantuan Mak Nab, ibu Alia, Alia telah memilih sepasang baju kurung merah berbuga putih.
Memang begitulah kelazimannya setiap kali Alia hendak memilih pakaiannya sejak Alia kehilangan deria penglihatannya sebaik sahaja dia tamat pengajian di universiti.
Masih segar dalam ingatan Alia bagaimana peristiwa yang telah meragut nyawa ayahnya dan penglihatannya 3 tahun dahulu.
Pada suatu malam, mereka sekeluarga hendak pulang selepas menikmati makan malam untuk meraikan kejayaan Alia yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh mereka dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang dan menyebabkan kenderaan mereka terperosok di bawah lori di hadapan mereka mengakibatkan kereta mereka remuk teruk.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. DIA lebih menyayangi ayah Alia. Manakala ibu dan adiknya, Aiman cedera parah. Mujurlah doktor mampu menyelamatkan mereka. Malangnya bagi Alia, penglihatannya yang dipinjamkan seketika telah diambil oleh ALLAH.
Sebulan sekali, Aiman, satu-satunya adik Alia akan membawanya bersiar-siar di taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah mereka. Aiman merupakan pelajar tahun satu di sebuah universiti.
“Kak! Dah siap ke belum?” Aiman menjenguk ke bilik kakak kesayangannya.
Kakak aku ni kalau bersiap tak boleh sekejap. Kalau dah cun tu pakai apa pun tetap cun kak oii.
“Dah. Akak nak siap dah ni. Tunggu kejap. Sikit je lagi ni” Alia cepat-cepat membetulkan tudungnya agar selesa dipakai. “Budak ni kalau memang tak tau menyabar tau!”
Aiman tersengih riang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Menaikkan lagi seri wajahnya yang kacak.
“Yalah, akak tu kalau dah bersiap tak ingat dunia. Kalau tak digesa entah-entah sampai esok pun tak siap lagi” Aiman membebel.
Aiman merapati Alia lalu membetulkan sedikit tudung Alia yang agak herot agar kelihatan lebih cun. Alia sekadar membiarkan perlakuan Aiman.
“Ok kak. Dah terlebih cun dah ni. Silap-silap karang ada yang Man balik sorang-sorang” Aiman masih lagi ingin mengusik Alia.
“Asal pulak? Aiman nak tinggalkan akak ke?” Alia buntu dengan kata-kata Aiman.
“Takdelah karang ada orang terberkenan kat akak karang susah Man nak bawak balik akak” Kata-kata Aiman disambut dengan deraian ketawa kedua beradik itu. “Jomlah kak. Nanti jap lagi matahari dah ada kat atas kepala dah tak larat Man nak jogging”
“Man ni kan tak habis-habis membebel la. Banyak mulut betul. Patutlah awek pun tak nak dekat. Tak tahan agaknya dengan mulut Man tu”
“Eh mana akak tau? Sebab mulut nilah banyak awek nak dekat tau! Mulut manis”
Memang kalau bercakap dengan Aiman takde orang lain yag betul. Dia ajelah yang nak menang. Memang daripada kecil lagi Aiman petah berkata-kata. Disebabkan mulut itulah dia menjadi terkenal semasa bersekolah dahulu. Pendebat terbaiklah katakan. Alia tersengih sendirian.
Aiman memimpin tangan Alia dan mereka beriringan menuju ke taman rekreasi.


“What?! Tak jadi datang?!”
“I’m so sorry Azlan. I have work to do. You know how bad my job right?” Rahmah memujuk kekasihnya Azlan dengan suara yang paling manja. Selalunya lelaki akan cair kalau dipujuk macam ni.
“What everla” tanpa menanti kata-kata daripada Rahmah, Azlan menamatkan panggilannya. Rasa marah masih membara di hati mudanya.
Azlan berjalan dengan pantas untuk segera sampai di keretanya. Tiba-tiba Azlan melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.
“woi!!! Apa ni? Buta ke? Mata letak kat mana?”. Azlan menghamburkan kata-katanya tanpa melihat ke arah gadis tersebut. Marah Azlan sudah tidak mampu ditahan lagi.
Dah ar aku tengah panas ni. Main langgar-langgar pulak. Ada yang makan penampar aku ni karang.
“Maafkan saya encik” terdapat sedikit nada takut pada kata-kata gadis itu. Alia meraba-raba untuk mencari tongkatnya yang hilang selepas dilanggar lelaki tersebut. Alia sudah lali dengan situasi begitu. Kerap kali dia dipersalahkan kerana kekurangan sifatnya.
“Banyaklah kau ….” Mata Azlan terpaku pada keadaan Alia yang sedang teraba-raba mencari sesuatu. Azlan terpandang ke arah tongkat yang berhampiran dengan Alia. Azlan mengambil tongkat tersebut lalu diletakkan di tangan Alia. “maafkan saya. Saya tak tau yang awak ni…”
“Buta? Takpelah encik. Saya dah biasa” Alia berusaha untuk bangun. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang oleh Azlan. Terasa pedih tangannya apabila disentuh oleh Azlan sehingga menyebabkan dia terjerit kesakitan.
“Tangan cik luka ni. Maafkan saya” Azlan memimpin Alia ke tempat duduk yang berhampiran. Azlan meniup pasir yang terlekat pada luka di tangan Alia. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.
“Takpe encik. Sikit je ni” kata Alia sambil cuba untuk menarik tangannya daripada pegangan Azlan tapi cengkaman Azlan sungguh kejap lalu Alia membiarkannya sahaja.
“Berdarah ni. Mari saya bawak cik pergi klinik ye?” Azlan cuba untuk menebus kesalahannya.
“Takpe. Takpe sikit je. Nanti balik rumah saya letak ubat” apalah mamat ni. Aku tau la tangan aku. Bukan dia yang rasa.
Degil pulak minah sorang ni. Karang kalau bertambah teruk aku jugak yang kena. Hish! Aku bukannya nak buat apa-apa kat dia pun.
“If you say so. By the way saya Azlan. Nama cik?” kata Azlan seraya melepaskan pegangan tangannya. Ada satu perasaan halus yang membuatkan Azlan ingin mengetahui nama gadis itu.
“Alia” jawab Alia, ringkas.
“Erm. Nice name. Suit with your beautiful face” puji Azlan ikhlas.
“Thanks”
Cun jugak Alia ni. Tapi sayang dia buta. Buta-buta dia pun ada something yang menarik kat dia. Tapi apa ek? Ish aku ni berangan pulak. Hihi nampak macam pandai je budak ne.

“Ish! Mana pulak akak aku dah pergi merayap ni. Aku suruh dia duduk kat bench tu diam-diam dia pergi merayau pulak. Kaki berjalan betullah” Aiman membebel sendirian.
Hatinya risau apabila melihat bangku yang tadi diduduki oleh Alia kosong. Aiman terus berjalan mencari kelibat kakaknya.
Mata Aiman meliar mencari-cari kakanya. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh kakaknya yang sedang bersembang dengan seorang lelaki.
Amboi!! Dah pandai akak aku ni ye! Tunggulah aku kacau jap lagi.
Aiman tersengih sendirian. Kakinya pantas mendapatkan kakaknya.
Macam kenal je mamat yang kat sebelah kakak aku tu. Siapa ek? Kat mana aku penah jumpa dengan dia?
“Kak” Aiman menyapa kakaknya.
“Im!” Azlan menegur Aiman
Eh? Siapa pulak mamat ni. Setahu aku ada seorang je makhluk kat muka bumi ni panggil aku macam tu. Ahha! Abang Lan!
“Abang Lan!” Aiman terjerit kecil. Gembira hatinya bukan kepalang. Cepat-cepat dia menyalami tangan Azlan.
Azlan pernah menjadi senior kepada Aiman suatu masa dahulu. Azlan memang banyak membantu Aiman semasa dia baru menjejakkan kaki di menara gading.
“Man kenal Lan ke?” Alia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Ye kak. Abang Lan ni dulu belajar kat universiti yang Man belajar sekarang ni”
Setelah agak lama bersembang, Alia dan Aiman meminta diri untuk pulang ke rumah. Azlan menawarkan diri untuk menghantar mereka tetapi ditolak lembut oleh Alia.
Alia tidak suka menyusahkan orang. Sebelum pulang, Azlan sempat meminta nombor telefeon Aiman supaya mereka tidak terputus hubungan lagi.


Hati Azlan bengkak. Sungguh sakit hati dan matanya melihatkan kemesraan teman wanitanya yang dahulu pernah mengetuk pintu hatinya. Rahmah dan pasangannya kelihatan sungguh mesra sehingga tidak menyedari akan kehadiran orang disekeliling mereka. Ibarat dunia ni mereka yang punya.
“Rahmah!!” jerit Azlan dengan perasaan marah. Matanya mencerlung diarahkan ke arah Rahmah.
Rahmah yang sedang bermesra dengan pasangannya terkejut melihat Azlan yang memandangya seperti ingin menerkamnya. Terkulat-kulat Rahmah menegur Azlan. “Az...Azlan...”
Mampuslah aku macam ni. Macam mana pulak mamat ni boleh ada kat sini. Apa aku nak kelentong lagi. Dah betul-betul ada depan mata.

“ooo ni rupanya ‘kerja’ yang you sibuk-sibukkan rupanya. Sibuk benar nampaknya. Sampai I lalu pun boleh tak perasan?” kata Azlan dengan nada menyindir sambil tersenyum sinis. Sengaja dipertontonkan di hadapan Rahmah.
“So, this is Azlan?” pasangan Rahmah, Johan yang tadinya sekadar melihat drama yang sedang dilakonkan oleh Azlan dan Rahmah mula memainkan peranannya.
“Lan, meet my client, Johan” Rahmah masih cuba untuk berbohong. Sesungguhnya dia amat risau jika Azlan bertindak meninggalkannya. Selama ini Azlanlah yang memberinya wang untuk menyara hidupnya yang agak keterlaluan. Jika diharapkan dengan wang gaji Rahmah, alamatnya tak berbelanjalah dia.
“Ooo klien? You jangan nak fikir I bodoh Rahmah!!! Klien apa sampai peluk-peluk macam laki bini?! You know what? Right now it’s over between us. Nothing!!” jerkahan Azlan menjadikan Rahmah sedikit kalut dan menyembunyikan dirinya di sebalik tubuh Johan yang agak besar itu.
Azlan bergerak meninggalkan Rahmah yang sudah mula menangis tersedu-sedan dan Johan yang berada di sisi Rahmah cuba untuk menenangkan kekasih hatinya. Tidak sanggup rasanya membiarkan Rahmah menangis sebegitu rupa.
“Ram, please don’t cry. You still have me honey”
“This is all your fault. Nak sangat pergi kat sini. Dalam banyak-banyak tempat kat sini jugak you nak pergi” Rahmah menyalahkan Johan. Sememangnya Rahmah mencadangkan agar mereka pergi ke tempat lain. Tetapi atas desakan Johan, Rahmah terpaksa mengalah.
Nasib baik aku sayang gila kat kau Johan. Kalau nak diharapkan harta baik aku ambil Azlan buat suami aku. Biar tak cinta asal duit banyak. Hmm macamana aku boleh sayang sangat kat mamat ni?! Whateverlah.
“Okey...Okey... My fault. I’m sorry ok?” lembut suara Johan memujuk Rahmah. Bimbang rajuk Rahmah berpanjangan. Bahu Rahmah dirangkul kemas dan mereka bergerak meninggalkan shopping complex itu.


“Padan muka kau Rahmah! Playgirl! Kau ingat aku bodoh nak biarkan aje kau buat sesuka hati. Entah macam manalah dulu aku boleh jatuh cinta dengan kau. Perempuan mata duitan. Malang sungguh nasib aku. Nasib baik dah terlepas bala aku. Phew. Alhamdulillah” Azlan bermonolog dengan dirinya sendiri. Perasaannya terasa sungguh lega. Ibarat baru terlepas hukuman yang amat berat.
Fikiran Azlan sedang bekerja keras memikirkan perihal Alia. Seorang gadis yang kecil molek. Mukanya bujur sirih. Mulutnya yang comel begitu petah berkata-kata sama seperti Aiman. Tapi sayang matanya yang redup tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
Walaupun Alia kekurangan satu deria yang amat penting bagi manusia biasa, namun Azlan begitu senang melayani telatah Alia. Alia seorang yang sopan dan begitu menjaga tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Tidak pernah Azlan berasa bosan ketika bersama dengan gadis itu.
Semakin lama Azlan mengenali Alia, semakin tebal perasaan Azlan terhadap Alia. Minda Azlan mencongak apakah perasaan itu. Adakah cinta atau sekadar simpati. Azlan melepaskan satu keluhan yang berat.

Dalam beberapa bulan ini, kehidupan Alia semakin hari semakin bermakna dan bertambah ceria dengan kehadiran Azlan. Azlan sentiasa menghubunginya melalui telefon dan kadangkala jika Aiman bercuti, Aiman akan membawa Alia untuk berjumpa dengan Azlan.
Emak Alia, Mak Nab juga turut berasa gembira kerana kini, Alia sudah mempunyai kawan biarpun hanya Azlan seorang. Hati seorang ibu mampu menyelami apa yang terkandung di dalam hati anaknya.
Sebelum Alia hilang penglihatan, Alia mempunyai ramai kawan kerana sifatnya yang peramah dan mudah mesra. Seringkali Alia memperkenalkan rakan-rakannya kepada keluarganya.
Namun sejak Alia buta, rakan-rakannya semakin hari semakin melupakannya. Benarlah kata orang, rakan ketawa senang ditemui tapi rakan menangis susah didapati. Mujurlah ada Aiman. Aimanlah adik dan Aimanlah rakan Alia.
Lamunan Alia terganggu apabila terdengar suara emaknya memanggil namanya.
“Alia...Alia... ada tetamu ni” ceria suara Mak Nab memanggil Alia.
“Siapa mak? Kejap lagi Lia turun” cepat-cepat Alia mengambil tudung yang memang tergantung pada dinding biliknya. Setelah mengemaskan sedikit tudungnya agar selesa dipakai, Alia pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang dimaksudkan oleh emaknya.
“Happy Birthday!!” kedengaran jelas di gegendang telinga Alia suara Azlan dan Aiman mengucapkan selamat.
Birthday aku ke hari ni? Ish...ish...ish... aku sendiri pun tak ingat. Tapi mana Azlan tahu? Rasanya kau tak pernah bagitau.
“Alia” Azlan menegur Alia apabila Alia senyap sahaja
“Terima kasih” hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.
“Macam mana awak boleh tau hari ni birthday saya?”
“Tadi saya jalan-jalan kat shopping complex. Tiba-tiba terserempak dengan Aiman. Saya tanyalah dia nak buat apa. Katanya nak carikan hadiah untuk kakak kesayangan dia. Kebetulan saya pun takde apa nak buat saya ikutlah Aiman cari hadiah untuk awak. Boleh saya sambut sekali” panjang lebar Azlan menerangkan peristiwa yang berlaku kira-kira satu jam yang lalu.
“Nak sambut apa? Takde siapa yang jatuh pun” Alia berseloroh.
“Awak jatuhlah cepat nanti boleh saya sambut” jawab Azlan selamba. Serentak mereka ketawa. Aiman dan Mak Nab turut tersenyum melihat gelagat mereka.
“Kak. Ni Man ada belikan akak hadiah. Man tau dah lama dah akak nak benda ni. Tapi baru sekarang Man dapat beli. Nah” Aiman menghulurkan seekor teddy bear yang sederhana besar ke arah Alia.
“Terima kasih Man” sebaik sahaja tangannya menyentuh hadiah pemberian Aiman, Alia berasa terharu. Aiman sanggup menggunakan wangnya yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran untuk membeli patung untuk Alia.
“Ni hadiah daripada saya pulak” kotak yang tadinya berada dalam pegangan Azlan kini sudah bertukar tuan.
“Awak ni Lan susah-susah je. Awak wish birthday kat saya pun saya dah cukup gembira dah” ikhlas Alia menuturkan katanya. Tangan Alia merasa-rasa isi kandungan hadiah Azlan. “Apa ni? Handphone?” Alia terkesima dengan pemberian Azlan.
“Yup. A handphone. It will be easier for me to call you” kata Azlan separuh berbisik. Malu jika Mak Nab mendengar butir bicaranya.
“Tapi saya tak mampu nak bayar bulan-bulan Lan. Takpelah awak bagi je kat awek awak” Alia menolak pemberian Azlan dengan penuh berhati-hati. Bimbang akan melukakan hati Azlan.
Azlan membiarkan huluran Alia tidak bersambut. Hatinya sedikit terasa dengan penolakan Alia. Tapi Azlan tahu niat Alia sekadar tidak mahu menyusahkan orang.
“Don’t worry about that. Saya akan settlekan semuanya. Tugas awak cuma terima hadiah saya tu. Tu je. Yang lain tak payah nak fikir-fikirkan. Buat pening kepala je” Azlan masih memujuk.
Ambil jelah orang dah bagi. Senang aku nak melepas rindu wahai cik Alia intan payung kembang semangkuk.
“Takpe. Takpe. Saya tak perlukannya. Saya tak mahu menyusahkan Lan” Alia masih tidak mahu menerima pemberian Azlan.
Dahlah handphone dia bagi. Bil bulan-bulan pun dia yang bayar. Hish. Malulah aku. Si Azlan ni memang tak faham bahasalah.
“Tak baik tau tolak pemberian orang tanpa sebab. Kecil hati saya” Azlan pura-pura merajuk. Harapannya hanya satu agar Alia menerima pemberiannya.
Aik!! Lain macam je bunyi suara dia. Takkan merajuk kot. Ala bab-bab macam ni yang aku lemah sikit ni. Kalau dengar suara sayu macam dia ni yang buat aku lembbut hati. Haiii!!!
“Yalah. Yalah. Saya simpan buat harta mutlak. Terima kasih” Alia mengalah.
“Haaa!! Macam tulah” suara Azlan kembali ceria.
Mak Nab dan Aiman yang pergi ke dapur untuk menyediakan makanan sebentar tadi telah kembali ke ruang tamu dengan membawa kek dan burger yang dibeli oleh Azlan semasa Azlan dan Aiman singgah di McDonald.
“Dahlah tu. Akak ni kalau nak bermanja dengan abang Lan sikit-sikit dahlah” Aiman mengusik kakaknya. Muka Alia memerah kerana malu pada adik dan emaknya.
“Hish Aiman ni! Ada-ada saja akal untuk mengusik kak Alia dia tau! Jomlah makan. Ni ada kek hari jadi. Alia cepatlah potong. Aiman dah tak sabar sangat dah tu. kebulur” kata-kata Mak Nab di sambut oleh deraian ketawa mereka berempat yang menghuni di ruang tamu pada ketika itu.
Dalam hati Alia hanya TUHAN saja yang tahu betapa bersyukurnya Alia kepada AL-KHALIK kerana mengurniakannya nikmat di dunia yang fana’ ini.


Deringan telefon bimbit yang diberi oleh Azlan dua bulan lalu semasa hari lahirnya menganggu konsentrasi Alia yang sedang asyik menaip di komputer kesayangannya. Pantas Alia meraba-raba meja yang menempatkan telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum” suara yang menyapa gegendang telinga Alia di hujung talian cukup untuk membuatkan hati Alia berdegup dengan lebih kencang. Walaupun sudah berkali-kali Alia berbual dengan Azlan melalui telefon.
Sudah menjadi rutin harian dalam hidup Azlan untuk menelefon Alia. Entah mengapa sehari jika dia tidak mendengar suara Alia, hdupnya bagaikan tidak keruan. Adakah perasaan ini adalah perasaan cinta yang telah diciptakan untuk Adam dan Hawa?
“Waalaikumussalam” Alia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perasaan gembiranya.
Seganlah aku kalau dia tau aku menunggu dia telefon. Malu seyh. Jatuhlah pride aku sebagai seorang wanita Melayu terakhir. Huhu.
“Alia tengah buat apa tu?” Azlan memulakan bicara.
“Tengah nak siapkan cerpen ni”
“Owh, saya tak menganggu awak ke?”
“Agak-agak awak?” suaranya sengaja dibuat-buat resah.
“Bunyi macam kacau je? Hmm takpelah lain kali saya telefon lagi” Azlan seakan merajuk.
“Eh, mana ada! Saya gurau jela. Tak menganggu langsung” lembut suara Alia memujuk.
Gila ke apa. Aku memang dah rindu nak dengar suara kau Azlan! Tuhan aje yang tau.
Huhu. Tau takut. Baru merajuk sikit. Lembut sungguh hati kau Alia. Kan ke bagus kalau gadis macam kau ni jadi suri dalam hidup aku? Eh, apa yang aku merepek ne. Huhu.
“Banyak lagi ke yang tak siap Alia?” Azlan mengubah topik.
“Ada sikit lagi ne. Tak lama lagi siaplah”
“Dah siap nanti tunjuk kat saya, boleh?”Sememangnya Azlan kagum dengan kebolehan Alia. Meskipun buta namun dia mampu menekan kekunci pada keyboard komputer.
Semasa Alia masih boleh melihat, Alia sering menggunakan komputer itu untuk mencurahkan idea-idea kreatifnya sehinggakan Alia boleh menghafal kedudukan huruf pada papan kekunci tersebut.
“Boleh. Apa salahnya. Nanti awak bolehlah tolong betulkan mana-mana ejaan yang saya salah maklumlah tak cukup sifat” Alia merendah diri.
“Alia. Tak baik cakap macam tu. Macam awak tak redha pulak dengan ketentuan qada’ dan qadar” tegur Azlan yang tidak senagng dengan sikap Alia yang terlalu pesimis.
Setelah agak lama berbual Azlan menamatkan panggilan. Mereka telah berjanji untuk bertemu pada hujung minggu nanti.


Hidup Alia kini amat riang. Hari-harinya kini sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang sedang mekar di hatinya dan juga Azlan. Siapa sangka rupa-rupanya Azlan dan Alia masing-masing memendam perasaan yang sama. Cinta.
Jika dahulu Alia tidak berani untuk menaruh perasaan terhadap Azlan, tetapi kini Alia yakin dengan sepenuh hatinya untuk menyuburkan cinta yang telah lama berputik dalam hatinya untuk seorang jejaka bernama Azlan.

“Alia, i’ve something to tell you” kata azlan semasa mereka bertemu pada hari Ahad lepas seperti yang dijanjikan. Azlan menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara “selama ni I’m not sure about my feeling towards you. Right now, I am very very sure that I had a crush on you. I love you Alia”
Bagaikan nak tercabut jantung Alia sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terlahir daripada bibir Azlan.
“Az... Azlan are you sure abaout that? Maybe it’s not love but more to sympathy” Alia cuba untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati Alia.
“Nope. I am sure. Very very sure my dear,” bersungguh-sungguh Azlan menyatakan perasaannya.
Pleaselah Alia. Dah lama aku syok kat kau. You’re always there when I close my eyes, sayang. Huhu.
Kerongkong Alia bagaikan disumbat dengan batu kerikil sebaik sahaja mendengar perkataan ‘my dear’. Alia membisu seribu bahasa.
“Will you accept my love Alia?”
“Er... er....” Alia tergagap-gagap.
Alamak sejak bila aku ada penyakit gagap ne. Susah susah. Hai Azlan kan ke senang kalo ko boleh baca je hati aku ne? Dah lama aku memndam perasaan untuk kau Azlan!!!
“Please Alia!” Azlan masih merayu dan mengharapkan cintanya berbalas.
Susah sangat ke nak terima cinta aku ni Alia? Bukan susah pun. Cakap jelah ‘I love you too’ apelah!!
“Awak tak malu ke nanti orang mengata awak bercinta dengan gadis buta macam saya?” teraga-agak Alia bertanya. Risau akan mengundang kemarahan Azlan kerana mengungkit kelemahan dirinya.
“Alia! Kan saya dah cakap? Jangan ungkit lagi tentang kekurangan awak? Saya tak suka!” Azlan membentak keras. Melihatkan wajah Alia yang terkejut, cepat-cepat Azlan mengendurkan kembali suaranya. “I’m Sorry. I didn’t mean it. Yang bercinta dengan awak saya, bukan orang lain. Biarlah orang nak kata apa yang penting kita bahagia.”
“Er... biar saya fikir jap ek?” Alia cuba untuk meneutralkan keadaan. “Read this” Alia membawa tangannya ke mata, dada dan akhirnya ke arah Azlan.
“Mata, dada, saya?!” soal Azlan, pelik dengan perlakuan Alia.
“Get it?” Alia bertanya memandangkan Azlan tidak berkata-kata.
Hisy! Apalah lembab sangat kau ni Azlan. Benda macam tu budak sekolah rendah pun tau la.
Sebenarnya, Azlan amat memahami perlakuan sebegitu. Seringkali Azlan menontonnya di dalam drama mahupun filem. Tapi sengaja Azlan ingin mendengar pengakuan tersebut dari mulut Alia sendiri.
“I love you! Faham?” muka Alia memerah sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Segan.
“Faham sangat! Thanks Alia sayang!”
Bermula daripada saat itulah termeterainya cinta antara Azlan dan Alia.

“Azlan, please Azlan. Forgive me,” suara manja Rahmah merayu kepada Azlan.
Kalau bukan sebab duit kau jangan harap aku nak melutut macam ni Lan! Kalau sebab cinta? Bolayan!
“No Rahmah! Please. Don’t disturb me anymore. I hate you. Get out from my office. I’ve got loads of works to do!” Azlan merengus kasar. Perasaan benci dan meluat terhadap Rahmah memenuhi segenap ruang hati Azlan.
“Azlan! How could you? Don’t you love me?”
“Love? Love taik kucing. No more love. I’d loved you once buy you had betrayed my love. Furthermore, i had found my true and sacred love,”
“Yeah right! Dengan perempuan buta tu kan? You takkan bahagia dengan si buta tu!” Rahmah menjerit bagaikan diserang histeria.
“Rahmah! Mind your mouth! You better get out from my office or i’ll call the security” Azlan mengangkat gagang telefon dan bersedia untuk mendail. Panas hatinya mendengar Rahmah mencaci Alia.
Nasib baik aku ne penyabar Rahmah! Kalau tak dah lama kau merasa penampar aku ne.
Rahmah merengus geram dan keluar dari pejabat Azlan. Pintu pejabat Azlan dihempas kuat tanda protes.
Fuh! Nasib baik tak pecah pintu ofis aku. Siot betul minah tu. Kalau pecah nanti tak larat pulak kau nak bayar gantirugi. Orang dah tak ingin dahlah.


“Lan, I want to ask you something” Alia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kata-katanya “Lan kenal Rahmah?”
Berdesing telinga Azlan sebaik sahaja mendengar nama Rahmah.
Apa pulak yang si Rahmah ne dah buat kat Alia? Memang tak malulah perempuan tu.
“Kenapa? Dia kacau Alia ke?” soalan Alia dijawab dengan pertanyaan.
“Takdelah. Tapi dia pernah jumpa dengan Alia and we talke about you,” begitu berhati-hati Alia menyusun kata.
“Habis, awak percaya ke apa yang dia cakap pasal saya?” hati Azlan mula digaru keresahan. Seakan dapat mengagak apa yang diperkatakan oleh Rahmah kepada kekasih hatinya.
Alia sekadar menggeleng. Senakal-nakal Azlan tak mungkin dia pernah meniduri Rahmah. Azlan seorang yang patuh pada agama. Azlan melepaskan keluhan yang berat. Lega rasanya dengan gelengan Alia.
“Awak macam tau je apa yang dia dah cakap kat saya?”
“Alah, siapalah yang tak kenal dengan mulut Rahmah tu. Bukan bercabang dua, dah bercabang sepuluh dah” kata-kata Azlan disambut dengan senyuman Alia yang amat manis.
“Rahmah tu ex-girlfriend awak ye?”
“Haah. Tapi dah takde pape dah sekarang ni,” jelas Azlan, pendek. Malas hendak mengulas dengan lebih lanjut tentang perempuan yang menyakitkan hati itu.
“Jealous ye?” Azlan mengusik Alia.
“Hello, tolong sikit. Takde masa la nak jealous-jealous ne. Takpe kalau orang dah tak sayang kat kita,” walaupun dalam hati Alia hanya Tuhan yang tahu.
“Merajuk la tu? Ala janganlah merajuk. Sekarang ne saya ada bolehlah nak pujuk. Kalau takde...” kata-kata Azlan terhenti disitu.
Sebak hati Alia mendengarnya. Tak sanggup rasanya Alia untuk berpisah dengan Azlan.
Kalau kau takde dengan siapa lagi aku nak bermanja-manja dan menumpang kasih, Lan!


“Aiman! Aiman!” Alia menjerit bagaikan histeria sebaik sahaja dia meletakkan gagang telefon.
“Ye kak. Kenapa ni?” tergesa-gesa Aiman mendapatkan Alia. Dilihatnya Alia tersenyum gembira.
Fuh. Lega. Ingatkan apesal la tadi. Terjerit-jerit. Lemah jantung aku dibuatnya.
“Guess what? Tadi Dr. Azim called. Dia kata ada orang yang sudi nak derma kornea pada akak,” ceria wajah Alia memberitahu perkhabaran gembira itu. “Lagi satu, kos pun orang tu yang tanggung Man!”
“Alhamdulillah,” hanya itu ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan untuk menggambarkan perasaan Aiman ketika ini.
Sebelum ini, bukannya tiada kornea yang hendak didermakan. Tetapi disebabkan oleh kosnya yang agak tinggi, Alia dan keluarganya terpaksa menolak tawaran tersebut. Gaji Mak Nab yang bekerja sebagai seorang kerani tidak mencukupi untuk menanggung kos tersebut.
“Kak! Nak Man beritahu Abang Lan?”
Wajah alia yang tadinya ceria berubah sayu. Aiman berasa pelik dengan perubahan wajah kakaknya.
Sedih hati Alia mengenangkan sikap Azlan dalam masa dua bulan ini. Azlan seperti sengaja mahu menjauhkan diri daripada Alia. Untuk telefon bertanyakan khabar juga jarang-jarang. Entah apa sebabnya, Alia sendiri tidak pasti.
“Tak payahlah Man. Nanti lepas akak dah dapat melihat kita pergi jumpa dia ye?” kata Alia dengan tenang. Cuba untuk menutup keresahan yang bersarang di hatinya.


Saat yang dinantikan oleh Alia dan keluarganya sejak 3 tahun yang lalu muncul jua akhirnya. Seminggu selepas mendapat panggilan telefon daripada Dr. Azim, Alia diberitahu agar bersedia untuk pembedahan.
Menurut Dr. Azim, hamba ALLAH yang hendak menderma kornea itu telah meninggal dunia lebih awal daripada jangkaan akibat penyakit barah. Manusia hanya merancang, yang selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
Hari ini, balutan di mata Alia akan dibuka. Hari ini jugalah Alia akan dapat melihat semula alam yang indah ciptaan YANG MAHA ESA.
Bagaikan hendak terlontar keluar jantung Alia pada saat Dr. Azim membuka balutan di matanya. Perasaan cemas, takut, dan gembira bercampur-baur dalam hati Alia. Begitu juga dengan Mak Nab dan Aiman. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa.
“Cuba bukak mata awak Alia. Slow-slow sikit,” Dr. Azim memberi arahan.
Alia mencuba sedaya-upaya untuk membuka kelopak matanya. Terasa pedih pada saat dia terlihat cahaya lalu ditutupnya semula. Namun kepedihan yang dirasa tidak dapat menandingi keazaman Alia untuk melihat semula. Akhirnya, Alia berjaya mendapatkan semula nikmat penglihatan yang pernah ditarik oleh ALLAH seketika dahulu.
Alhamdulillah. Hanya itu ucapan yang memenuhi hati Alia, Aiman, Mak Nab dan juga Dr. Azim.
Hati Alia gembira bukan kepalang. Tidak sabar rasanya Alia untuk bertemu mata dengan kekasih hatinya. Hilang seketika perasaan sedihnya terhadap perbuatan Azlan. Yang ada hanyalah perasaan rindu dan sayang terhadap Azlan.
Air mata Alia megalir deras pada saat dia mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku ketika Alia dan Aiman berkunjung ke rumah Azlan
Sebaik sahaja sampai di rumah Azlan, seorang wanita dalam lingkungan 50-an menyambut kedatangan mereka dengan ramah.
“Azlan ada mak cik?” tanya Alia selepas bersalaman dan memperkenalkan dirinya.
“Anak ni Alia ke?”
“Saya mak cik,” kelopak mata mak cik itu mula digenangi dengan air mata.
“Tunggu sekejap ye,” wanita itu berlalu pergi. Alia dan Aiman sekadar memerhati perlakuan wanita itu.
Tidak lama kemudian wanita itu keluar semula dengan membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu diserahkan kepa Alia.
“Azlan dah takde Alia. Kotak ni arwah yang suruh serahkan pada Alia. Tapi mak cik tak tahu macam mana nak serahkan pada Alia. Nasib baik Alia datang,” kata wanita itu sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.
Dunia dirasakan gelap seketika. Mujurlah Alia sedang duduk. Jika tidak dia pasti akan terjelepuk di lantai. Aiman mengurut belakang dan memujuk Alia agar kakanya bersabar.


Buat kesekian kalinya, Alia membaca surat yang pertama dan terakhir daripada Azlan.

Assalamualaikum Alia...
Tahniah Lan ucapkan kerana telah dapat melihat semula. Pada masa Lia membaca warkah ini, Lan telah pun pergi buat selama-lamanya.
Perjalanan yang Lan tempuhi di dunia yang fana’ ini juga telah berakhir. Waktu yang dipinjamkan oleh-Nya untuk Lan terlalu pendek untuk Lan membuktikan betapa dalam dan luhurnya cinta Lan pada Lia. Hanya ini yang mampu Lan lakukan. Membenarkan mata Lan agar terus hidup di sisi orang yang amat Lan sayangi.
Lia,
Maafkan Lan sayang. Maafkan Lan kerana selama ini Lan menyembunyikan hal yang sebenar. Untuk pengetahuan Lia, dua bulan yang lalu, doktor telah mengesahkan bahawa Lan menghidapi penyakit barah larinks peringkat ketiga iaitu tahap yang terakhir.
Di sebabkan itu, Lan mengambil langkah untuk menjauhkan diri Lan daripada Lia agar Lia dapat membiasakan diri untuk hidup tanpa Lan di sisi Lia. Hanya TUHAN yang tahu betapa rindunya hati ini kepada seorang gadis bernam Alia.
Lan harap Lia tidak menjadikan pemergian Lan sebagai satu kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu permulaan bagi kehidupan baru untuk Lia. Dengan pendidikan yang Lia pernah terima satu ketika dahulu, Lan yakin Lia dan keluarga mampu untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Lia,
Tiada apa lagi yang Lan harapkan pada ketika ini melainkan doa Lia untuk Lan untuk ‘kehidupan’ di sana nanti. Jadikanlah kenangan indah yang pernah kita lalui bersama sebagai pendorong untuk Lia menempuhi hari-hari yang mendatang.
Ketahuilah oleh Lia bahawa sejak bertemu dengan Lia, Hidup Lan terasa amat bermakna dan ceria dengan cinta Lia. Ingatlah bahawa cinta Lan terhadap Lia tidak pernah pudar walaupun sedikit. Malah semakin hari semakin menebal dalam hati ini.
Selamat tinggal kekasihku Lia. I love you very much. Assalamualaikun.

Yang menyayangimu,

AZLAN AMIR


Alia menutup surat Azlan dengan cermat lalu disimpannya. Setiap kali perasaan rindu menerpa, surat Azlan ditatapnya dan pastinya akan megalir air mata. Air mata yang mengalir di pipi dikesat.
Pada saat itu, Alia berjanji pada dirinya bahawa dia akan kuat mengharungi kehidupan ini walaupun orang yang amat disayanginya telah pun pergi buat selamanya. Setiap kali selepas solat, Alia tidak akan lupa untuk berdoa agar roh Azlan dan ayahnya dicucuri rahmat.

THE END